LANGGAN

DIOR Roadie Adalah Aksesori ‘Must Have’ Lelaki Tahun 2026

Aksesori lelaki untuk tahun 2026? Dior Roadie.
Published: December 29, 2025
dior roadie

Melicinkan hajat lelaki untuk melabur seelok-eloknya ke atas item tahun 2026. Cadangan kami? Kasut sniker Dior Roadie daripada himpunan musim bunga/panas 2026!

Petualangan mengharungi tahun 2025 dan mengaskses ke tahun 2026, menjemput kita bersiap-siap untuk berevolusi dengan stail baharu. Serentak bertumbuh pula dengan kebaharuan yang dipikul oleh juragan rumah fesyen, membangkitkan keinginan tidak bertepi – terutamanya untuk memiliki pakaian atau aksesori yang mendefinisikan ketrampilan tahun 2026. 

dior roadie

Kehadiran Jonathan Anderson sebagai Pengarah Kreatif Dior beralas dengan mendatangkan intensiti rasa mahu mengenal apa kedinamikan yang dibawa olehnya. Jonathan tidak menjauh jarak daripada DNA Dior.

Dengan pemikiran ini, dia membahasakan atribut rumah fesyen Dior dengan konsep ‘the art of dressing’ untuk musim bunga/panas 2026, mengimaginasikan semula kod gaya lewat usia bersama aspek kekinian. Rekonstruksi ketrampilan formal, mereplikakan gaya rejimen, ilham abad ke-18 dan tafsiran baharu jaket Bar menjadi hebahan juang rekaan Jonathan.

Aksesori utama: Dior Roadie

Aksesori yang seganding dengan rekaan-rekaan musim bunga/panas 2026 Dior adalah kasut sniker yang mendekati semangat yang mengahwinkan kasual dan kefungsian elegan. Jonathan memperkenalkan Dior Roadie, sniker yang mempedulikan keunikan, pentafsiran semula sifat klasik dan mengubah haluan kod menswear.

dior roadie

Buatan Dior Roadie mencadangkan statement hibrid – perpaduan dua citra yang bertentangan, namun dicirikan oleh binaan dalamannya yang ultra-fleksibel dan menjanjikan keselesaan. Dior Roadie menyedarkan kita bahawa konsepsi kasutnya yang umpama berpandu kuat kepada kasut but chukka, berharmoni dengan siluet yang memimik sedikit high-top dan mengekspresikan nilai nostalgia.

Tapak kasutnya dibahagikan kepada dua bahagian untuk memudahkan pemakaian. Contohnya, ia mendakap pergerakan kaki, senang untuk membengkok serta mengikuti pergerakan. Jonathan memperhebat rekaan kasut ini dengan menggunakan material nubuck bersama sued bercetak efek mesh yang mengekspresikan kontra.

Bagi memenuhi kesatuan unsur WIP, Jonathan menyengajakan keterserlahan jahitan tangan pada kemasan tepi kerana ia adalah perlambangan nilai ketukangan kraf Artisan di Dior.

Menyentuh bagian rona-ronanya pula, Dior Roadie menyediakan rona perang, kelabu, hijau gelap serta kuning air dan setiapnya dipadankan bersama tapak berwarna. Penampilan berani ini menyetarakan antara estetika vintaj dengan visi futuristik. 

dior roadie
Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down