LANGGAN

Bukaan Era Baru Dior: Bagaimana Jonathan Anderson Memintal Warisan Dior Haute Couture

Lihatkan apa yang perlu diketahui tentang tunjukan terbesar Paris Fashion Week.
Published: July 22, 2025

Jonathan Anderson mencetuskan sinergi dalam industri fesyen kala diumumkan sintesisnya bersama Dior. Daripada jenama sendiri, ke Uniqlo, Versus, Loewe dan kini Dior. Bagaimana koleksi Anderson didamba meluas, memanggil himpunan nama-nama besar yang memberi pengaruh dalam fesyen seperti Christian Louboutin, Donatella Versace dan Pierpaolo Piccioli untuk turut hadir melihat koleksi Dior pertamanya?

Debut Cerminan Anderson

Hampir sedasawarsa, tujuh tahun Kim Jones menghasilkan koleksi-koleksi transmogrifikasi. Jonathan Anderson, buat koleksi debutnya, mengekalkan cerminan Kim Jones bagi Dior men sambil menyelusuri elemen metropolis Britain, serangkaian DNA tempat asalnya. Boleh dilihatkan di mini gilet, waiscoat berlapis, dan tie longgar gaya aristokrat. "Saya tidak mahu mengabaikan wira-wira Dior - ia tentang memperkukuhkan lagi kod yang merupakan jenama bagi Dior", katanya.

Sam Nivola memakai Dior Summer 2026 oleh Jonathan Anderson

Koleksi Dikalkulasi Mengusik Akal

Walaupun dalam jangka masa yang singkat, koleksi pertamanya bukanlah semberono. Ia seperti sudah dilimbang lama, dengan pementasan corak yang bagaikan memecahkan koleksi arkib. Contohnya terletak pada seluar kargo pendek dan jaket Bar. Seluar kargo menggunakan 7.5 meter fabrik, diinspirasi daripada dress Delft 1948 haute couture oleh Monsieur Dior. "Fabrik dibentuk kedalam satu siri lipatan dari pinggul jatuh ke belakang, dan distrukturkan oleh jalur panjang tulang beralun pada setiap sisi", tular Dior dalam post Instagram. Jaket bar oleh Monsieur Dior pada 1947 yang dulunya mentarikfkan wajah baru juga ditafsirkan oleh Anderson. Donegal Tweed berbintik lembut diberikan struktur dengan penggunaan horsehair, dengan kontra lapel grosgrain yang biasanya digunakan di dalam tuxedo.

Pemasaran Tidak Langsung Atas Pentas

Dapat dilihatkan pewajahan koleksi Anderson yang mengetengahkan konsep styling. Ada yang mengadu domba, katanya tak terfokus kepada design. Namun bagi ELLE, untuk koleksi sedia pakai, suntikan elemen visual styling Anderson adalah kuintesens sebentuk indirect marketing. Dambaan pengguna fesyen kini mengalih fokus kepada keunggulan bagi pemakaian harian. Penggayaannya terletak diantara dua sudut formal dan tidak formal. Kombinasi kepingan klasik seperti seluar slack dan loafers gilap bertutup dimadukan bersama printed cape, sementara jaket Bar dipadankan dengan kolar putih tinggi klasik dan oversized cargo pants.

Instagram: @dior

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down