Kematangan datang bila usia muda berlabuh. Mengajar Ceddy Ang untuk menjadi lebih bijak dalam mengendalikan hal-hal hidup. Kongsi Ceddy yang memiliki platform CeddyOrNot, ia membuatkan dirinya untuk tidak lekas bertarung. Sebaliknya, berwaspada atau berjaga-jaga pabila mendepani sesuatu senario. “Manusia sentiasa ada amarah atau ketidakpuasan yang membara dalam dirinya. Mengapa perlu kita balas api dengan api?” Soal Ceddy.

Apalagi menjadi figura yang dikenali ramai. Pasti cabarannya juga berbeza kini. Jelas Ceddy, “Bila mendewasa, bukan itu sahaja. Saya malah tidak mahu mempercumakan peluang yang ada bila menginjak usia. If not now, when?” Berhijrah ke Kuala Lumpur dari Penang pada 20 tahun yang lalu adalah keputusan Ceddy untuk melanjutkan impiannya. Keberanian yang bergejolak dalam hati membuatkan Ceddy mengaburkan istilah gentar dalam kamus hidupnya. Dia kini memilih kerjaya nyanyian dan telah melancarkan single pertamanya, berjudul ‘Selangkah’ – lagu yang berkisarkan kehidupan dan refleksi diri. “Daripada memulakan karier sebagai streamer, kepada pencipta kandungan, pengacara TV dan kini penyanyi. Saya cuba melakukan kesemuanya. Selepas ini, apa lagi patut saya cuba?” Tanya Ceddy.

Adakah genre lagu ini mempengaruhi gaya peribadi anda?
Sedikit sebanyak, ya. Sebab lagu ‘Selangkah’ ini berentak city pop, lantaran itu gaya peribadi saya juga sedikit expressive. Ada juga pengaruh retro, contohnya saya sudah berani menggayakan funky glasses. Memakai kemeja T bersaiz besar, memakai seluar labuh dengan potongan high waist. Rentak lagu ini resonate dengan diri saya dalam ‘era’ sekarang.
Bagaimana anda jatuh cinta dengan dunia fesyen?
Semuanya tercetus pabila saya menyemak gambar-gambar lama. I had no sense of fashion back then. Jadi, semenjak mendekatkan diri dengan dunia pencipta kandungan, saya sudah mula diundang ke beberapa acara tertentu. Dan termasuklah acara-acara fesyen yang bersikap terbuka dengan menjemput pencipta-pencipta kandungan serta pempengaruh yang datangnya dari pelbagai latar belakang. Ada mereka yang berkaitan dengan dunia fesyen dan ada yang tiada kena-mengena dengan dunia fesyen.
Saya pada waktu itu, seorang foodie dan pencipta kandungan gaya hidup. Sudah tentu saya tidak berapa kenal sangat fesyen. Lantas, perkara itu membuatkan saya menjinakkan diri dengan fesyen dan saya sedar pentingnya penampilan diri untuk menghormati sesuatu acara.
Dan, Zulvanny dipilih sebagai penata gaya peribadi anda?
Ya! Sedari hari pertama lagi, saya menugasi Zulvanny untuk menggayakan diri saya. Saya ingat lagi ketika menerima anugerah untuk podcast saya, dalam kotak fikiran diri hanyalah mahu menyarung kemeja batik sahaja. Mujur ada Zulvanny yang menasihati saya untuk tidak semberono dan dia bersungguh-sungguh menyiapkan diri saya. Daripada situlah saya belajar tentang fesyen dan gaya peribadi juga mula berevolusi.

Apakah anda memang menanam impian untuk menjadi penyanyi dari dahulu lagi?
I’ve always wanted to become an entertainer. A perfomer. Awal-awal dahulu, impian untuk menjadi penyanyi itu tidak tercapai kerana saya gusar dengan pandangan orang lain. Ada yang barangkali anggap saya seorang yang ‘bingit’, tidak gemar dengan tingkah laku saya dan seumpamanya. Jadi, bila makin lama makin menginjak usia, ia mematangkan diri untuk tidak mempedulikan apa orang lain fikir. I just wanna do me. Saya nekad, saya mahu menjadi penyanyi dan memiliki single sendiri.
I was scouted by Astro untuk mengacarakan program TV. Ia menggugah kesedaran bahawa saya adalah seorang yang gigih. Gigih mencari rezeki. Ia menjentik akal saya, lalu berikir yang “I work hard too. I deserved the spot!” Makanya saya tidak berhenti untuk terus mencuba pelbagai bidang atau lapangan hiburan. Seperti yang dialungkan oleh Pearl dalam filem ‘Pearl’, “I’m a star!”
Anda malah mengikuti kelas nyanyian bersama Cikgu Shafi.
Betul. Saya peka dengan suara saya. Terkadang bila bercakap, suara saya menjadi high pitch. Untuk tidak mahu memalukan diri, saya menyertai kelas vokal dengan Cikgu Shafi. Sudah tentu, sebagai seorang guru vokal yang berpengalaman, Cikgu Shafi tahu bagaimana saya boleh belajar mengawal suara sendiri. Dari aspek nyanyian, mahupun berbicara ketika mengacara. Dan ingat lagi pesan Cikgu Shafi yang mencadangkan saya untuk do something fun and crazy… release lagu sendiri! Pada awalnya saya takut. Namun, atas dorongan teman-teman, saya memberanikan diri.
Lalu, munculnya lagu ‘Selangkah’ yang diolah oleh Amir Jahari?
Amir Jahari adalah seorang insan yang sangat puitis. Sewaktu pertemuan kami, dia bertanya, “Kalau Ceddy adalah seekor haiwan, apakah haiwan itu?” Mulanya, saya rasa pelik. Bila saya jawab mahu menjadi kucing, Amir terus boleh membuat agakan tentang personaliti saya. Jelasnya, “Bermakna Ceddy mahu dilihat oleh semua orang dan pada masa yang sama, Ceddy juga adalah seorang yang sudah melalui macam-macam dalam hidupnya.”
Amir seolah-olah ‘membedah’ diri saya, memahami apa yang terkandung dalam jiwa dan menulis lirik lagu berdasarkan pengalaman tersebut.

Lirik lagu ‘Selangkah’ memang menggambarkan siapa Ceddy?
When the lyric came back to me, saya berasa ‘dekat’ dengan bait-baitnya. Saya memberitahu Amir, “This is so me!” Lagu tersebut umpama menggambarkan saya menyarung topeng wajah yang menampakkan kegembiraan Ceddy, namun di balik topeng itu, orang tidak tahu apa yang Ceddy lalui.
Apakah cabaran yang dihadapi oleh anda bila sudah menceburkan diri dalam bidang nyanyian?
Ada orang yang tidak boleh menerima pembabitan saya dalam bidang nyanyian. Masih ada segelinitir yang berfikir bahawa pabila pempengaruh berjinak-jinak dengan bidang nyanyian atau muzik, pasti menghasilkan lagu-lagu ‘viral’. Buat pun demi ‘viral’. Namun, apa yang saya cuba buktikan adalah untuk melawan pengertian itu. Saya malah memilih penulis lagu serta penyanyi yang bertauliah untuk menghasilkan lagu.
Anda bakal mengeluarkan single kedua nanti?
Ya! Tempo lagu kedua ini agak berbeza sedikit. Ia lebih expressive. Saya juga bereksperimen dengan vokal sendiri. Lagu kedua ini akan membuatkan orang menjerit, “Woah!”
Bila membuat persembahan di atas pentas, adakah gaya atau penampilan anda berbeza?
Saya mengangankan penampilan yang loud dan expressive. Oh, saya juga suka bermain dengan warna, lebih-lebih lagi yang berwarna-warni. Itulah personaliti Ceddy.
Perancangan anda seterusnya?
Mungkin akan mengadakan showcase sendiri? Saya juga bakal muncul dalam filem terbaru, yang berjudul ‘Kata Hati’. Nantikan!
