LANGGAN

The New Class of 2026: Didie Shazry

Juara sulung pertandingan pencarian realiti bakat nyanyian Raise The Star ini sedia melangkah ke fasa baru kerjaya seninya.
Published: March 6, 2026

Didie Shazry kini bergelar seorang penyanyi dan penulis lirik. Dia yang sedang menempa nama kini bakal tampil pula dengan album pertama berjudul ‘Demi Sebuah Rindu’ selepas usai dengan rilisan single ‘Peganglah Hati’

Jaket daripada COACH, kemeja dan seluar milik Penata Gaya.

ELLE Men: APA YANG ANDA INGIN CAPAI TAHUN INI?

Didie Shazry: Fokus utama saya adalah untuk menghasilkan lebih banyak karya lagu yang berkualiti sehingga dinobatkan untuk memenangi Anugerah Juara Lagu. Saya tahu dalam berkarya memerlukan kesungguhan yang teguh. Doakan semoga impian ini tercapai. 

EM: TAFSIRKAN DIRI ANDA DALAM LIMA PERKATAAN?

DS: Saya seorang yang kuat berangan. 

EM: SITUASI BAGAIMANA YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA SAY NO?

DS: Diajak untuk melakukan aktiviti yang melibatkan ketinggian (tertawa). Saya cepat gayat dengan ketinggian yang tidak menentu. 

EM: SATU PERKARA BARU YANG ANDA INGIN PELAJARI TAHUN INI?

DS: Tahun ini saya ingin mula belajar bermain saksofon, satu jenis instrumen yang dapat menjadikan saya lain daripada penyanyi lain. Senang cerita, saya ingin menjadi lebih kreatif dan serba boleh. 

Penyelaras: Ardi Idewani dan Hafizan Mohd 

Penataan Gaya: Muzammin Muzlan / Athirah Zahra

Fotografi: Azim Mahayudin / AMSTUDIO

Arahan Seni: Iera Nadzlim

Arahan Digital: Sri Azni

Temu bual: M. Ridhwan Sa’aya dan Nurhani Natasha

Grooming: Joey dan Ayang Kamell 

Rambut: Olivia

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down