LANGGAN

The New Class of 2026: Aidil Iman

Aidil Iman ialah Penganalisis Dasar Perubahan Iklim yang kini bekerja dengan organisasi antarabangsa.
Published: March 6, 2026

Dia yang aktif memperjuangkan alam sekitar komited terhadap pemeliharaan biodiversiti dan pemerkasaan belia. Sebagai pengasas Jejak Liar dan Kolektif Iklim, beliau juga aktif menerajui pelbagai inisiatif yang memupuk kesedaran alam, literasi biodiversiti dan keadilan iklim.

Baju panas dan seluar daripada COS, kasut milik Penata Gaya.

EM: APA YANG ANDA INGIN CAPAI TAHUN INI?

AI: Saya berinisiatif terus fokus memerhati dan merekod 100 spesis burung asli di Malaysia. Setakat ini saya telah mencatat kira-kira 50 spesies dan berharap dapat menambah baki 50 lagi tahun ini sama ada di hutan atau kawasan hijau bandar. Ini juga hobi saya untuk menghargai biodiversiti dan melestari hubungan baik dengan alam.

EM: TAFSIRKAN DIRI ANDA DALAM LIMA PERKATAAN?

AI: Bersemangat, dedikasi, analitikal, involved dan curious.

EM: SITUASI BAGAIMANA YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA SAY NO?

AI: Penggunaan plastik. Tidak kira sekali pakai sama ada di kafe, restoran atau kedai. Ia prinsip peribadi yang berkait rapat dengan kerja-kerja advokasi alam sekitar saya. 

EM: SATU PERKARA BARU YANG ANDA INGIN PELAJARI TAHUN INI?

AI: Saya ingin belajar GIS (Geographic Information System) untuk meneliti perubahan penggunaan tanah, penebangan hutan dan impak perubahan iklim. Ia alat penting bagi aktivis alam sekitar dan pembuat dasar memahami keadaan tanah dan ekosistem. 

Penyelaras: Ardi Idewani dan Hafizan Mohd 

Penataan Gaya: Muzammin Muzlan / Athirah Zahra

Fotografi: Azim Mahayudin / AMSTUDIO

Arahan Seni: Iera Nadzlim

Arahan Digital: Sri Azni

Temu bual: M. Ridhwan Sa’aya dan Nurhani Natasha

Grooming: Joey dan Ayang Kamell 

Rambut: Olivia

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down