LANGGAN

The New Class of 2026: Michael Lim

Bermula sebagai Pengarah Seni dalam industri pengiklanan, Michael Lim menemui keterujaan kreatifnya dengan membina Space Dawg.
Published: March 6, 2026

Space Dawg yang dibinanya berjaya menjadi platform ekspresi seni animasi sendiri. Sebagai seorang (self-taught) Juru Animasi, dia juga pernah menghasilkan karya untuk beberapa jenama terkemuka seperti Hermès, Galeries Lafayatte, Messika dan banyak lagi.

Kardigan daripada URBAN REVIVO dan seluar milik Penata Gaya.

EM: APA YANG ANDA INGIN CAPAI TAHUN INI?

ML: Impian saya untuk tercalon sehingga dapat memenangi anugerah berprestij kreatif besar seperti Design & Art Direction (D&AD), ADL Award dan sepertinya. Saya tahu yang saya perlu bekerja lebih keras dan menghasilkan lebih banyak karya bermakna supaya lebih dikenali. 

EM: TAFSIRKAN DIRI ANDA DALAM LIMA PERKATAAN?

ML: Kerja, kopi, silence, curious dan rumah. 

EM: SITUASI BAGAIMANA YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA SAY NO?

ML: Ajakan yang datang tanpa sebab kukuh. 

EM: SATU PERKARA BARU YANG ANDA INGIN PELAJARI TAHUN INI?

ML: Saya hanya ingin melakukan yang terbaik dalam mendepani setiap cabaran terutamanya ketika saya sedang bekerja. Kerjaya sebagai seorang kreatif memerlukan kesungguhan dan inspirasi yang datang daripada pelbagai sudut pandang yang luas. Saya juga sentiasa sedia untuk mempelajari hal baru sepanjang perjalanan kerja daripada setiap orang yang saya temui. 

Penyelaras: Ardi Idewani dan Hafizan Mohd 

Penataan Gaya: Muzammin Muzlan / Athirah Zahra

Fotografi: Azim Mahayudin / AMSTUDIO

Arahan Seni: Iera Nadzlim

Arahan Digital: Sri Azni

Temu bual: M. Ridhwan Sa’aya dan Nurhani Natasha

Grooming: Joey dan Ayang Kamell 

Rambut: Olivia

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down