LANGGAN

Trend Report ELLE Men: 7 Trend Lelaki Musim Bunga/Panas'26 (Bahagian Pertama)

Menerokai 7 trend lelaki untuk Musim Bunga/panas 2026
Published: March 26, 2026

Apakah yang menginspirasi atau menjadi garis haluan lelaki tahun 2026? ELLE Men ‘mengantologikan’ trend report pentas musim bunga/panas 2026!

trend report

Soft Tailoring 

Melampaui keformalan. Kriteria sut dan tailoring membawa dimensi yang berbeza musim ini – fluid tailoring atau penjahitan lembut untuk gaya lelaki. Bahu jatuh, siluet longgar yang tak mengikut kontur tubuh, material bukan konvensional dan potongan labuh, mendukung idea bahawa lelaki tidak lagi mempedulikan lingkungan klasik. Seperti Ferragamo, Zegna dan BOSS menerokai hal yang berlawanan dengan kelaziman.

trend report

Sifat Rejimen

Bilakah kali terakhir melihat inspirasi gaya militari mengungguli pentas peragaan? Musim luruh/dingin yang lalu, hijau militari menjadi panduan. Well, musim bunga/panas 2026 tidak ‘mendinamit’ landas gaya yang ala bersifat rejimen, malah mengimaginasikan semula atribut tersebut. Jonathan Anderson di Dior merujuk sifat rejimen ini untuk dipadukan bersama aspek formal yang terlihat bersahaja dan Kenzo menolak tatatertib, sebaliknya hanya mengutip butiran-butiran kecil 

Bodice, Unbound

Pereka-pereka fesyen berani mengubah badan baju lelaki. Skin reveal, manipulasi pola atau gabungan ‘imbuhan’ item yang di luar jangkaan menjadi medium narasi rekaan. Inovasi atau kreativiti bertemu, mencadangkan keunikan!

trend report

Ekspresi Visual

Mencelikkan pandangan atau membangkitkan pancaindera kita? Mungkin. Sebadan penuh dan sarat corak serta motif, menyemarakkan gagasan musim bunga/panas 2026 dan menghadirkan beragam reaksi. Craig Green memanfaatkan inovasi, bermain dengan material serta corak botani yang bersandarkan kepelbagaian. Begitu juga Dolce & Gabbana yang menerapkan citra flora pada rekaan-rekaan pajama. Commes Des Garcons pula menyilap mata dengan corak geometri berulang.

trend report

Men Bare It

Open toe sandal menggantikan kasut, kombinasi gaya yang diumpamakan seperti satu pernyataan – bahawa lelaki kali ini memilih chill vibe, minimal dan menyederhanakan penampilan. Apatah lagi padu padannya dengan gaya (bahagian atas) yang bertentangan dengan prinsip open toe sandal, menjadikan keseluruhan gagasan ini unik.

trend report

Magis Pola

Seperkara tentang trend report musim bunga/panas 2026 adalah kelainan rekaan pola seluar lelaki. Rangka pola seluar tidak lagi berasaskan kelaziman. Seluar kargo dengan voluminous layered patterns yang menyerupai butiran cowl dan merujuk siluet dress Delft, malah seluar yang memunculkan idea pola berganda serta menceduk kolar kemeja untuk dijadikan pinggang seluar.

Stripes In Motion

Bottega Veneta, Issey Miyake, Louis Vuitton, Dior dan Prada mendekatkan kita kepada aspek jalur vertikal. Ya benar, corak atau motif jalur ini barangkali bukan sesuatu yang mencadangkan keluarbiasaan. Kerap kali dilihat meronai pentas peragaan. Namun, ia menunjang suatu pengertian bahawa motif jalur ini ada kuasa kekal atau keupayaannya bertahan… sehingga kini!

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down