LANGGAN

Segala Tentang Penjagaan Rambut Keriting Yang Perlu Anda Tahu

ELLE MEN kongsi 5 tip 'beginner friendly" bagi penjagaan rambut keriting untuk lelaki
Published: April 21, 2026
Sumber: Instagram (@connorstorrieofficial)

Setiap orang mempunyai tekstur rambut yang berbeza, dan secara logiknya produk penjagaan rambut juga harus mengikut keperluan tersebut. Namun, penjagaan rambut keriting masih jarang dibincangkan, terutamanya untuk lelaki. Kini, dengan maklumat yang semakin mudah diakses, topik ini semakin mendapat perhatian. Jadi, jejaka berambut keriting perlu lebih peka untuk memahami dan menyerlahkan potensi terbaik rambut mereka.

5 Tip Penjagaan Rambut Keriting Bagi Lelaki

1. Kurangkan kekerapan membasuh rambut.

Sumber: Unsplash (abdullah ali)

Kebanyakan jejaka akan membasuh keseluruhan badannya, termasuk rambut, dengan setiap mandian. Namun, oleh kerana rambut keriting secara semula jadinya lebih kering berbanding dengan tekstur lain, membasuhnya dengan kerap akan membasmikan kelembapan yang telah pun sedikit dari rambut anda. Dengan mengurangkan kekerapan membasuh rambut sahaja, penambahbaikan boleh tercapai, mengelakkan rambut kelihatan kering, kusam dan frizzy. Pengunaan syampu bebas sulfat juga akan mengurangkan rambut frizzy dan kasar.

2. Conditioner is a must!

rambut kerinting
Sumber: Pexels (cottonbro studio)

Majoriti lelaki di Malaysia tidak dibiasakan menggunakan perapi rambut atau conditioner sewaktu membesar. Walaupun lelaki berambut pendek dan lurus boleh terlepas darinya, jejaka berambut keriting tak boleh melangkau langkah perapi dalam rutin penjagaan rambut. Oleh itu, biasakan diri anda mengguna perapi. Terdapat pelbagai jenis perapi di pasaran yang boleh anda cuba, anda juga boleh mempertimbangkan pengunaan leave-in conditioner bagi mengekalkan bentuk dan kelembutan pada gulungan rambut anda.

3. Cuba tuala alternatif.

rambut kerinting
Sumber: Unsplash (GogoNano)

Mengeringkan rambut kerinting menggunakan tuala biasa, selalunya akan meninggalkan rambut anda dalam keadaan frizzy dengan serta-merta. Dengan memerah perlahan rambut anda menggunakan tuala mikrofiber dan mengeringkan selebihnya dengan udara, corak keriting anda akan lebih terjaga dan rambut anda akan kurang berpecah. Tiada lagi split-ends! Namun bukan tuala mikrofiber sahaja yang boleh menyelamatkan rambut anda, malah t-shirt biasa juga boleh memberi hasil.

4. Gunakan produk yang betul.

rambut kerinting
Sumber: Pexels (cottonbro studio)

Ramai lelaki akan kebiasaannya hanya memilih syampu yang tersedia pada rak terdekat di kedai ataupun menggunakan produk sama dengan ahli keluarga. Namun yang demikian, kebanyakkan produk rambut popular di pasaran lebih mementingkan rambut lurus. Akan tetapi, sedikit demi sedikit, produk penjagaan rambut keriting semakin banyak memasuki pasaran Malaysia, lebih-lebih lagi di platform atas talian. Jadi rajinkan diri anda untuk mencari dan mencuba produk yang bersesuaian dengan tekstur keriting anda. Memulakan pengunaan curl cream sahaja dapat memastikan hasil yang memuaskan.

5. Jangan menyikat rambut anda dalam keadaan kering.

rambut kerinting
Sumber: Pexels (Feyza Yıldırım)

Kemungkinan besar, kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh pemilik rambut keriting adalah menyikatnya dalam keadaan kering. Kebiasaannya kita diajar untuk menyisir rambut untuk mengemaskannya walaupun ketika kering. Tapi ini hanya berfungsi bagi rambut lurus, menyisir rambut keriting sewaktu kering, tanpa apa-apa produk, akan merosakkan rambut lebih lagi mengakibatkan rambut lebih kusut dan kembang. Hanya leraikan rambut anda ketika basah atau dengan pengunaan produk yang berpatutan dan hanya gunakan sikat bergigi besar ataupun jari sahaja.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down