Jika menurut falsafah budaya sesetengah kaum atau bangsa, angka tiga sering dikaitkan dengan kesempurnaan, keseimbangan dan harmoni. Maka falsafah ini diterjemahkan semula sebagai sebuah simbol yang jelas terpancar dalam koleksi baharu ikonik Cremino daripada Venchi. Dihasilkan dengan tiga lapisan coklat artisanal yang disusun dengan ketelitian penyediaan tinggi. Setiap kepingan coklat menawarkan pengalaman rasa yang seimbang, halus dan penuh karakter.
Sejak penubuhannya pada tahun 1878, Venchi telah menjadikan coklat sebagai hidangan manis yang membentuk warisan rasa merangkumi memori, emosi dan perjalanan masa. Lebih daripada satu abad kemudian, koleksi Cremino kekal sebagai salah satu ciptaan paling dikenali jenama ini. Menggabungkan kehalusan gaya klasik Itali dengan sentuhan inovasi moden. Hasilnya terjadilah coklat berbentuk kiub tiga lapisan yang kaya tekstur, lembut di lelangit dan cair dengan sempurna di mulut.
Setiap lapisan dalam Cremino disusun dengan penuh seni, namun berpadu secara harmoni. Sebuah konsep yang Venchi ungkapkan sebagai 'Harmony in Three Layers'. Dalam setiap gigitan, tersimpan warisan ketukangan coklat Itali yang telah diwarisi turun-temurun. Ini menjadikan pengalaman menikmati coklat lebih lazat rasanya dan sebuah perjalanan deria yang halus dan mendalam.
Koleksi Cremino menampilkan lima variasi istimewa yang masing-masing membawa interpretasi unik terhadap keseimbangan rasa dan tekstur. Ini jelas memperlihatkan rasa yang tidak berlebihan namun kekal mewah dalam kesederhanaannya.

Sebagai pelengkap kepada koleksi ini, Venchi memperkenalkan Cremino Hour, sebuah kempen multi-sensori yang diinspirasikan daripada budaya aperitivo Itali. Ia turut ditafsir semula dalam konteks kemewahan moden Asia. Berlandaskan falsafah keseimbangan, kempen ini mengajak pencinta coklat untuk melihat Cremino sebagai manisan dan satu ritual kecil, detik berehat, perkongsian dan apresiasi selepas hari yang panjang.


Di tengah coklat ini terletak komposisi signature Cremino. Satu gabungan coklat gelap, coklat susu dan gianduia kacang yang berpadu sempurna. Setiap elemen dilapisi dengan teliti untuk menghasilkan tekstur yang lembut, berkrim dan licin di lelangit dengan kemanisan terkawal. Daripada nota rasa awal hazelnut atau pistachio gianduia, diikuti sentuhan badam yang halus hingga ke kemasan rasa yang bulat dan seimbang. Setiap gigitan membuka lapisan rasa yang berkembang secara perlahan dan penuh sensasi.