LANGGAN

Evolusi Gelato Bersama Venchi

Venchi tampil dengan interpretasi baru gelato musim panas 2026
Published: July 1, 2026

“Less is more” kini menjadi satu konsep gastronomi yang semakin mendapat tempat apabila pengguna mula menghargai rasa yang lebih asli. Pendekatan inilah yang menjadi inspirasi kepada kempen terbaru Venchi sempena musim panas 2026. Menerusi tema Taste Genius yang mengetengahkan keindahan rasa dengan bahan yang lebih berkualiti dan proses penyediaan yang lebih teliti.

Mengangkat Bahan Berkualiti

Diasaskan di Itali, Venchi terus mengekalkan identitinya sebagai jenama yang mengutamakan ketukangan artisan dan pemilihan bahan mentah yang terbaik. Menerusi Taste Genius, ia diterjemahkan melalui penggunaan beberapa bahan utama yang dipilih dengan teliti. Sekali gus ia membuktikan bahawa pengalaman menikmati gelato tidak semestinya bergantung kepada resipi yang kompleks.

Setiap perisa dihasilkan dengan memberi penekanan kepada buah-buahan bermusim dan bahan semula jadi. Rasa setiap ramuan tetap menyerlah tanpa perlu bergantung kepada pewarna tiruan, pemanis tambahan atau bahan tambahan lain.

Kesederhanaan yang Menyerlah

Trend makanan hari ini semakin cenderung kepada penyediaan yang lebih bersih dan telus. Seiring dengan perkembangan itu, Venchi memperkenalkan koleksi gelato yang memberi ruang kepada rasa semula jadi untuk menjadi fokus utama.

Gabungan tekstur yang lembut bersama pilihan bahan premium menghasilkan rasa yang lebih seimbang dan kaya sambil mengekalkan identiti gelato Itali yang terkenal dengan kelembutan dan kepekatan rasanya. Pada masa sama, inspirasi daripada tradisi kulinari Itali turut dipadankan dengan sentuhan cita rasa global termasuk penggunaan bahan berkhasiat dan kombinasi perisa yang lebih kontemporari.

Pengalaman Pencuci Mulut Sebenar

Setiap hidangan gelato dihidangkan sama ada dalam kon atau cawan, lengkap dengan coklat mini ikonik Venchi sebagai pelengkap. Perincian kecil ini menjadikan pengalaman menikmati gelato lebih istimewa. Bagi menyokong kempen ini, ruang butik Venchi turut diberi nafas baru dengan elemen visual yang diinspirasikan daripada warna-warna semula jadi dan suasana musim panas. Rekaan ruang yang lebih imersif serta kandungan digital yang menonjolkan tekstur dan warna gelato menjadikan pengalaman pelanggan lebih menyeluruh, menggabungkan elemen rasa, visual dan suasana dalam satu destinasi.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down