Moses Wong membuktikan bahawa detik-detik biasa dalam kehidupan boleh menjadi cerita yang menghiburkan. Dengan gaya humor yang spontan dan pemerhatian yang tajam, dia membentuk kandungan yang bukan sahaja mencuit hati tetapi juga memberi sudut pandang lebih ringan terhadap cabaran harian.

MW: Saya seorang pencipta kandungan sepenuh masa dan kini sudah tiga tahun saya berada di dalam bidang ini. Saya menghasilkan kandungan humor berunsur ‘Celtic Malaysian’ yang banyak berkisar daripada sekelilingnya. Perjalanan ini bermula ketika tempoh PKP, semua duduk di rumah dan daripada situ saya mula mencipta pelbagai personaliti untuk kandungan saya. Dengan karakter-karakter ini lah tercetusnya idea untuk menghasilkan sketsa dengan perspektif saya sendiri.
MW: Sejak kecil lagi, terutamanya di sekolah, saya sering membuat rakan sekelas ketawa. Apabila orang mula meminta pendapat saya tentang sesuatu, saya akan membalas dengan punchline spontan yang mencuit hati dan reaksi mereka memberi keyakinan kepada saya. Saya pernah terfikir, jika pencapaian akademik saya merosot, mungkin saya boleh bekerjaya dalam bidang komedi.
Idea kandungan saya banyak berasaskan situasi kehidupan sebenar. Saya mendapat inspirasi daripada orang sekeliling dan perbualan harian. Daripada situ, saya mencipta senario, menyuntik elemen humor serta bahasa santai sebelum membentuknya menjadi kandungan POV yang dekat dengan realiti.

MW: Bagi saya, kunci utama adalah untuk menjadikan setiap situasi lebih positif. Walaupun sesuatu keadaan itu kelihatan buruk. Contohnya apabila seseorang ditinggalkan oleh orang dalam perhubungan, jadi dari situ saya akan cuba memutarkannya menjadi sesuatu yang lebih ‘positif secara delusi’. Pendekatan ini memberi sudut pandang yang lebih ringan dan menghiburkan di samping menyelitkan mesej positif kepada mereka yang melalui situasi serupa.
MW: Ramai yang terkejut apabila bertemu saya di dunia nyata kerana saya sebenarnya seorang yang lebih pendiam. Saya memilih untuk menyimpan tenaga bagi menghasilkan kandungan. Kebiasaannya, saya lebih selesa memerhati orang di sekeliling dalam diam. Dalam masa yang sama, pemerhatian itu sering menjadi sumber idea. Kadang-kadang apabila memerhati sesorang, saya mungkin sudah memikirkan karakter atau personaliti baru untuk dijadikan inspirasi dalam sketsa seterusnya. Secara asasnya, saya seorang yang introvert.
MW: Sisi introvert itu mungkin tidak begitu disedari ramai. Pada waktu lapang, saya lebih gemar bersendirian dan jarang berinteraksi dengan orang lain. Saya boleh meluangkan masa di kafe atau di rumah saja, kerana saya seorang yang home person dan lebih selesa berada di rumah.
MW: Saya gemar menonton filem, terutamanya genre komedi, aksi dan sedikit elemen seram. Namun, kegemaran utama saya adalah filem romantik komedi, lebih-lebih lagi daripada Thailand. Saya tertarik dengan jalan cerita yang memaparkan pelbagai konflik tetapi wataknya masih kekal positif dengan selingan adegan lucu. Selain itu, filem aksi juga antara pilihan hiburan saya.
MW: Tahun ini, saya ingin mengembangkan kandungan dengan berkolaborasi bersama pencipta lain. Jika sebelum ini saya banyak bekerja secara solo, kini saya mahu mencuba dinamik baru dengan pelbagai personaliti daripada kolaborasi bersama pencipta kandungan lain, tidak kira yang lebih kecil atau berbeza latar. Siapa tahu, ia mungkin berkembang menjadi sebuah siri kandungan yang panjang. Dari segi kerjasama jenama, saya terbuka kepada pelbagai peluang kerana jalan cerita yang saya bina bersifat fleksibel dan boleh disesuaikan dengan pelbagai produk tanpa terlalu terikat.

Penyelaras & Penata Gaya: Ardi Idewani
Arahan Seni: Iera Nadzlim
Dibantu Oleh: Aishah Haziyah
Fotografi: Edmund Lee
Dandanan: Miedy Daniel
Solekan: Desiree
Pakaian: Sacoor Brothers & Wardrobe Privato
Teks oleh: M. Ridhwan Sa'aya & Nurhani Natasha