LANGGAN

Kelab Komedi New Gen: ZacZac

Sentiasa memadukan jenaka ringan yang dekat dengan generasi muda kini.
Published: April 28, 2026

Dikenali dengan personaliti ceria dan lincah dalam setiap pergerakan yang seakan sedang 'berjoget' dalam videonya, ZacZac sering memuat naik jenaka berkonsep sudut pandang atau point of view (POV).

Hari ini dia sudah berjaya mempunyai lebih 40 ribu pengikut di akaun Instagram dan sekitar 160 ribu di TikTok yang kebanyakannya merangkumi kaum Cina dan Melayu. 

ELLE Men: Siapa anda?

ZacZac: Saya seorang content creator sepenuh masa. Dahulu saya sebenarnya bekerja sebagai seorang media planner di sebuah agensi. Saya seronok dengan apa yang saya lakukan hari ini. 

EM: Bila kali pertama anda tahu yang anda boleh buat orang ketawa?

ZZ: Masa di sekolah menengah saya sudah sedar yang saya mula menjadi seorang entertainer. Kadangkala seakan jadi joker juga. Daripada situ saya sedar yang mungkin saya boleh jadi stand up comedian satu hari nanti

EM: Kelainan yang dibawa dalam jenaka. 

ZZ: Saya akan selitkan pergerakan saya seperti tarian atau reaksi dalam mana-mana video yang saya hasilkan. Jadi video itu akan kelihatan lebih kelakar dengan pergerakan saya yang laju. Saya juga ada belajar sedikit tarikan K-Pop dahulu, itu juga mungkin puncanya saya suka hasilkan video yang kelakar sebegitu. 

EM: Bagaimana sebenarnya diri anda apabila off-camera?

ZZ: Sebenarnya bila kerja hasilkan content ini, ada masanya saya letih dan penat. Jadi tidak boleh saya sentiasa hyper atau bertenaga sepenuh masa. Mungkin saya sebenarnya ambivert. Kadangkala saya rasakan saya sebenarnya seorang yang sedikit pemalu. 

EM: Satu karakter yang tidak diketahui peminat atau pengikut. 

ZZ: Mungkin seorang yang pemalu? (ketawa). Ada juga soalan ini pernah ditanyakan mengapa saya tidak sama seperti dalam video dan ketika di luar. Jawapan saya ringkas sahaja, tidak mungkin saya akan hyper setiap masa.

EM: Hobi apabila tidak sibuk bekerja. 

ZZ: Sekarang kebanyakan masa saya akan ke gim untuk meningkatkan kesihatan diri. Mungkin sekarang saya suka memasak juga. Saya masih mencari hobi lain di antara kesibukan kerja. Kalau diberi pilihan, saya ingin banyak travelling tahun ini. 

EM: Rencana terbesar dalam perancangan kerjaya tahun ini. 

ZZ: Ingin mulakan perniagaan saya sendiri sebab saya tidak tahu sampai bila saya akan menjadi content creator. Kalau ada peluang, masa dan rezeki saya ingin venture into fashion side juga.

Penyelaras & Penata Gaya: Ardi Idewani

Arahan Seni: Iera Nadzlim

Dibantu Oleh: Aishah Haziyah

Fotografi: Edmund Lee

Dandanan: Miedy Daniel

Solekan: Desiree

Pakaian: Sacoor Brothers & Wardrobe Privato

Teks oleh: M. Ridhwan Sa'aya & Nurhani Natasha

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down