Danny Haziq atau nama sebenarnya Danial Haziq mempunyai Ijazah dalam Kewangan Islam dan sebelum ini bekerja di sebuah bank tempatan.
Hari ini dia mahu lebih dikenali dengan lebih matang sebagai pencipta kandungan yang niche-nya berfokus kepada fesyen dan wangian dalam masa sama masih menghasilkan video humor yang relatable buat semua pengikutnya. Ini jelas menunjukkan kepelbagaiannya untuk berkreatif dan serba boleh.

ELLE Men: Siapa anda?
Danny Haziq: Saya seorang content creator sepenuh masa. Kalau ditanya, adakah ini kerjaya yang saya mahukan dari dulu, jawapan saya ya sahaja. Sejak sekolah menengah saya tahu yang saya ingin lakukan banyak kerja dalam satu-satu masa.
EM: Bila kali pertama anda tahu yang anda boleh buat orang ketawa?
DH: Bermula dengan berjenaka dengan kawan-kawan dahulu. Selepas itu, saya mula implement jenaka yang kawan-kawan saya gelakkan itu ke dalam video saya. Kemudian saya mula sedar yang saya boleh jadikan ini sesuatu yang menarik sebagai content di internet. Lama-kelamaan pengikut di TikTok mula react dengan jenaka saya.
EM: Kelainan yang dibawa dalam jenaka.
DH: Menjadi diri sendiri. Lebih-lebih lagi kita sebagai orang Melayu-Islam, ada banyak scene dalam kehidupan yang terjadi dan situasi itu mungkin relatable kepada yang menonotn. Jadi kelainan itu yang saya mahu tonjolkan. Supaya mereka yang menonton dapat merasakan pengalaman yang sama, semudah situasi ke masjid atau cara berpakaian yang unik bagi setiap individu.

EM: Bagaimana sebenarnya diri anda itu apabila off-camera?
DH: Saya rasa, saya ini sama sahaja macam content creator lain. Kami ada perangai dihadapan kamera dan belakang kamera. Bila on sahaja kamera, kami akan jadi karakter internet yang di minta itu. Barulah content itu akan menjadi dan kami terima banyak engagement pada setiap video.
Begitu juga saya sendiri, personaliti saya akan disesuaikan mengikut situasi semasa. Tidaklah saya akan berjenaka atau gembira sepenuh masa. Ada masanya, saya akan tetap menjadi serius juga.
EM: Satu karakter yang tidak diketahui peminat atau pengikut.
DH: Ada banyak sebenarnya (ketawa), tetapi bila kita buat content fesyen itu sudah pasti saya harus tunjukkan our macho and masculine side. Saya tahu saya fun and happy go lucky. Ada masa mungkin saya seorang yang sedikit manja dan soft spoken.
EM: Hobi apabila tidak sibuk bekerja.
DH: Pergi shopping. Ada banyak lagi hobi seperti bermain golf, ke gim dan hobi terbaru mungkin belajar tentang fragrances. Apabila menjadi content creator yang review wangian ini, saya perlu belajar banyak benda dan siapkan diri dengan knowledge. Barulah boleh describe smells itu dengan tepat dan betul. Bau agak sukar ditunjukkan dalam video bukan.
Sekarang, saya suka bau wangian yang ke arah clean, citrus dan profesional. Senang cerita, bauan yang sesuai dengan cuaca rakyat Malaysia yang cuacanya sering berubah.
EM: Rencana terbesar dalam perancangan kerjaya tahun ini.
DH: Menghasilkan lebih banyak kandungan fesyen dengan satu konsep khas yang tersendiri. Macam kalau orang tengok itu, mereka boleh dapat tangkap itu Danny Haziq. Selain fesyen, sudah tentu travel dan wangian juga.
Saya mahu jadikan seakan siri yang mana berepisod dan orang boleh tontonnnya. Goals lain yang mahu dicapai, sudah tentu saya ingin menjadi content creator yang boleh menjadi rujukan generasi baharu. Bila bercakap tentang fesyen sahaja, orang akan pergi ke Danny Haziq dan bertanya banyak perkara. Progres itu sudah ada, namun saya mahu capai lebih lagi. By the end of the year, saya ingin menjadi content creator yang versatil dan serba boleh.

Penyelaras & Penata Gaya: Ardi Idewani
Arahan Seni: Iera Nadzlim
Dibantu Oleh: Aishah Haziyah
Fotografi: Edmund Lee
Dandanan: Miedy Daniel
Solekan: Desiree
Pakaian: Sacoor Brothers & Wardrobe Privato
Teks oleh: M. Ridhwan Sa'aya & Nurhani Natasha