LANGGAN

Frédéric Malle Memperkenalkan Contre-Jour Eau de Parfum

Contre-Jour is more than just a perfume.
Published: May 1, 2026

Frederic Malle Contre-Jour, lebih daripada sekadar haruman.

Editions De Parfums Frédéric Malle memperkenalkan Contre-Jour. Ia adalah satu kehadiran, jiwa bebas yang berani hasil ciptaan master perfumer, Annick Ménardo. Dalam dunia yang gemar melabel segalanya, Contre-Jour dicipta buat mereka yang enggan dibatasi oleh sebarang definisi.

Dihasilkan menentang konvensi tradisional, wangian Frederic Malle ini menampilkan jejak aroma yang mempesona namun sukar ditafsirkan. Ia mengajak pemakainya untuk terus bebas daripada sebarang label. Wangian ini terinspirasi daripada bunga liar Mediterranean, Everlasting Flower, yang terkenal dengan ketahanan aromanya yang luar biasa. Bunga kuning terang bermandikan cahaya matahari, berkontras dengan sisi gelap dan aromanya yang liar.

Annick Ménardo menterjemahkan inspirasi tersebut menjadi komposisi minyak wangi yang menolak struktur olfaktori tradisional. Nota Everlasting Flower berkembang dengan karakter rempah dan sentuhan badam, menari bersama pati ros yang intens, merangkul sisi bayang dan durinya.

contre-jour

Bagi meninggalkan kesan manifesto ini pada kulit, sandalwood memberikan ritma yang hangat dan mewah, sekali gus menyerlahkan misteri ciptaan ini. Kayu cendana menjadi nadi utama, diperkaya dengan ledakan rempah yang belum pernah diterokai, menyatukan setiap ramuan dalam harmoni sempurna.

Ia turut menampilkan karakter punk rose yang mentah, memberontak dan provokatif. Bunga ros yang kuat dan tidak mudah ditundukkan, diasah melalui sentuhan mahir Annick Ménardo. Dipenuhi sisi gelap namun tetap dipanaskan cahaya mentari, ia meraikan ros sebagai kontradiksi yang memikat.

Terpesona dengan keindahan percanggahan, Annick Ménardo terus mencipta wangian era baharu buat mereka yang menghargai misteri diri sendiri. “Contre-Jour ialah haruman yang unik dan berkelas. Ia melambangkan seni keberanian. Ini adalah wangian untuk seseorang yang tidak mahu dibatasi definisi. Ia direka sebagai haruman maskulin untuk wanita, namun sebaliknya juga benar.”

Frederic Malle Contre-Jour kini boleh didapati pada harga RM1,600 (50ml) dan RM2,250 (100ml) di escentials The Exchange TRX, SEIBU. Serta secara dalam talian di escentials.com.my.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down