
Jenama yang dikenali dengan estetika streetwear kontemporari berinspirasikan British, SUPERDRY terus mencipta momen fesyen yang tersendiri. Pelakon dan penyanyi Korea Selatan, Park Jihoon kini dilantik sebagai duta jenama terbaharu.
Hari ini, SUPERDRY terus menjadi pilihan generasi baharu pengguna menerusi gabungan gaya, individualiti dan ekspresi diri yang effortless. Bakal dilancarkan pada Ogos ini sebagai sebahagian daripada kempen musim luruh/dingin 2026, Park Jihoon akan menerajui siri visual yang menampilkan koleksi menswear dan uniseks signature SUPERDRY.
Dengan karisma muda serta aura sofistikated, Park Jihoon membawa tenaga segar kepada jenama itu. Ia mencerminkan identiti kasual moden jenama sambil mengukuhkan lagi daya tarikannya yang semakin berkembang di seluruh Asia dan peringkat global.

Selain kejayaannya dalam bidang muzik, Park Jihoon turut membina reputasi kukuh dalam industri hiburan menerusi pelbagai watak lakonan di layar perak dan televisyen. Sekali gus memperkukuhkan pengaruhnya dalam kalangan penonton serta peminat antarabangsa.
“Imej Park Jihoon yang yakin dan versatil selari secara semula jadi dengan identiti SUPERDRY yang bebas dan bergaya. Menerusi kerjasama ini, kami berharap dapat mengukuhkan lagi hubungan jenama dengan pengguna sambil menampilkan semangat unik koleksi musim kami”, kata wakil jenama itu.
Koleksi SUPERDRY boleh didapati di butik SUPERDRY terpilih di seluruh negara serta secara dalam talian menerusi SUPERDRY Malaysia.