LANGGAN

Diari Gaya Milan Men’s Fashion Week Bersama Superdry

Superdry di Milan Men’s Fashion Week 2026
Published: August 4, 2026

Ketika menghadiri Milan Men’s Fashion Week 2026, saya bereksperimen dengan tiga gaya berbeza daripada Superdry untuk melengkapkan penampilan sepanjang minggu fesyen.

superdry malaysia

Saban tahun, Milan menjadi tumpuan dunia fesyen apabila kota ikonik di Itali ini dipenuhi pereka, editor, selebriti dan pencinta fesyen dari seluruh dunia sempena Milan Men’s Fashion Week. Tahun ini, saya berpeluang menghadiri minggu fesyen lelaki tersebut buat pertama kali bagi menyaksikan koleksi Musim Bunga/Panas 2027 yang bakal mewarnai musim akan datang.

Bagi melengkapkan gerobok fesyen sepanjang berada di Milan, saya memilih tiga gaya berbeza daripada Superdry yang mencerminkan sisi personaliti dan gaya yang berbeza. Daripada kombinasi warna yang berani, gaya minimalis hitam dan putih, sehinggalah penampilan sporty casual yang lebih santai.

  1. Red Tartan

Merah dan kuning menjadi kombinasi utama untuk penampilan yang lebih berani dan penuh karakter. Saya menggayakan kemeja tartan merah bersama kemeja-T kuning yang menampilkan sentuhan logo Superdry. Untuk mengimbangi permainan warna yang lebih menyerlah, saya melengkapkan penampilan dengan seluar denim berpotongan oversized. Ia dapat memberikan siluet lebih santai dan kontemporari.

  1. Hitam dan Putih

Superdry sememangnya dikenali dengan pilihan kemeja-T yang menampilkan pelbagai interpretasi logo dan identiti jenama. Untuk penampilan kedua, saya memilih pendekatan yang lebih minimal dengan memadankan kemeja-T bersama jaket lightweight berwarna putih. Pilihan ideal untuk cuaca musim panas.

Sebagai pelengkap, saya memilih seluar denim yang dihiasi nama jenama pada bahagian poket belakang. Ini memberikan sentuhan grafik yang sederhana kepada keseluruhan penampilan.

  1. Sporty Casual

Untuk gaya yang lebih relaks, saya memilih kemeja polo berjalur dengan rekaan lengan panjang yang memberikan sentuhan sporty dan dinamik. Mengambil inspirasi daripada estetika jersi sukan ragbi, gaya inidipadankan bersama seluar denim biru yang selesa, versatil dan mudah digayakan dalam pelbagai situasi.

Pilihan yang cukup praktikal, terutama ketika gelombang haba melanda benua Eropah sepanjang minggu fesyen. Kerana di Milan, gaya mungkin menjadi keutamaan, tetapi keselesaan tetap tidak boleh dikompromi.

Koleksi Superdry boleh didapati di Seibu TRX, AEON Tebrau City dan Sogo Southkey. Atau secara atas talian di superdry.my.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down