Bagi sesetengah orang, perjalanan adalah tentang destinasi. Namun bagi Ammar Salehan, ia lebih daripada itu. Baginya ia sebuah proses memahami diri melalui setiap langkah yang diambil. Di balik laluan berbatu, udara nipis di altitud tinggi dan detik-detik tidak dijangka, tersimpan pengalaman yang membentuk cara beliau melihat dunia.

Ammar Salehan: Minat saya terhadap dunia mendaki gunung dan pengembaraan sebenarnya bermula sejak usia muda dan dipengaruhi oleh kakak saya. Ketika itu, saya sering mengikutinya menyertai trip bersama rakan-rakannya. Selepas daripada itu aktiviti seperti hiking dan camping sudah sebati dalam kehidupan saya walaupun masih kecil. Dari situ, saya mula suka dengan alam semula jadi seperti hutan, udara segar serta ketenangan yang sukar digambarkan. Daripada situ secara tidak langsung saya belajar untuk berdikari.
Apabila melanjutkan pengajian di universiti, minat tersebut berkembang menjadi lebih serius. Mendaki gunung bukan lagi sekadar aktiviti santai tetapi berubah menjadi rutin yang konsisten. Setiap hujung minggu, saya akan mencari peluang untuk ke gunung atau kawasan alam sebagai ruang untuk healing.
Hari ini, pengembaraan bukan lagi sekadar hobi tetapi telah menjadi satu gaya hidup yang membentuk perspektif serta keseimbangan diri saya.

AS: Saya cenderung memilih bukit dan gunung kerana di situlah saya menemukan ketenangan yang paling tulen. Dalam suasana sunyi dengan udara segar serta bunyi-bunyian semula jadi seperti hembusan angin dan desiran hutan, wujud satu rasa damai yang sukar diterjemahkan.
Berbanding kesibukan kota yang penuh dengan tekanan dan gangguan, alam memberi ruang untuk saya ‘disconnect’ seketika dan kembali fokus kepada diri sendiri. Bagi saya, pengalaman ini bukan sekadar percutian tetapi satu proses refleksi yang membantu memperjelas fikiran, mengisi semula tenaga dan kembali dengan mindset yang lebih positif. Alam, dalam konteks ini, adalah terapi yang memberi keseimbangan emosi dalam kehidupan.

AS: Bagi saya ketika saya menyertai ekspedisi ke Everest Base Camp. I adalah salah satu pengalaman mencabar yang pernah saya lalui, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga kekuatan mental. Pendakian selama hampir sepuluh hari itu menuntut disiplin dan ketahanan yang tinggi. Daripada lapan peserta, hanya seorang yang berjaya mencapai ketinggian sekitar 5,400 meter.
Sepanjang perjalanan, kami berdepan dengan cabaran Acute Mountain Sickness, dengan beberapa peserta mengalami simptom serius seperti muntah, pening dan keletihan melampau sehingga terpaksa menarik diri. Antara detik paling mencabar adalah apabila saya perlu menguruskan seorang peserta yang tidak sedarkan diri pada hari ketujuh, dan terlibat secara langsung dalam pemindahan kecemasan ke Kathmandu.
Namun di sebalik segala kesukaran, keindahan banjaran Himalaya menjadi ganjaran yang tidak ternilai. Pengalaman ini mengajar saya tentang ketahanan, empati dan keberanian. Satu perjalanan yang akan kekal sebagai memori paling bermakna dalam hidup saya.

AS: Saya rasa kepulauan di Indonesia, khususnya bahagian timur seperti Flores dan Sumba, sebagai destinasi yang sangat underrated tetapi luar biasa. Kawasan ini masih ‘raw’ dan mengekalkan keaslian dari segi budaya, tradisi serta landskap semula jadi.
Daya tarikannya terletak pada pengalaman yang lebih ‘pure’, tidak terlalu komersial, lebih dekat dengan komuniti tempatan dan menawarkan perspektif baru tentang dunia pengembaraan.
