LANGGAN

Hidrasi Bersama Atlet Muda Dengan S10 x Montigo

Bermula daripada pengalaman seorang atlet muda
Published: July 20, 2026

Dalam dunia sukan, prestasi bukan hanya bergantung kepada latihan fizikal dan disiplin tinggi. Ia turut dipengaruhi oleh aspek asas seperti penjagaan diri dan pengurusan hidrasi. Menyedari kepentingan ini, S10, sebuah jenama hidrasi berteraskan misi sosial yang diasaskan oleh pelajar dan atlet berusia 15 tahun. Salim Sacoor mengambil langkah untuk menyokong komuniti sukan melalui kerjasama bersama jenama kelengkapan minuman gaya hidup iaitu Montigo.

Sebagai atlet olahraga kompetitif yang menjalani latihan di Dubai, Salim sendiri memahami cabaran yang dihadapi atlet ketika berlatih dalam keadaan cuaca panas dan lembap. Daripada pengalaman tersebut, beliau melihat keperluan untuk menyediakan penyelesaian hidrasi yang lebih sesuai dengan gaya hidup atlet. Bukan sahaja untuk membantu prestasi tetapi juga menjaga kesihatan sepanjang perjalanan sukan mereka.

Menggabungkan Inovasi Dengan Keperluan Atlet

Kerjasama S10 x Montigo menghasilkan koleksi botol prestasi yang direka dengan mengambil kira keperluan atlet moden. Koleksi ini menampilkan beberapa ciri yang membantu memudahkan rutin latihan harian. Antaranya ialah penebat vakum dinding berganda untuk mengekalkan suhu minuman, pemegang ergonomik, cengkaman anti-gelincir, warna reflektif serta straw aliran tinggi yang membolehkan pengambilan air dilakukan dengan lebih mudah ketika sesi latihan atau pertandingan.

Selain aspek fungsi, koleksi ini turut memberi ruang kepada pengguna untuk menampilkan identiti tersendiri menerusi pilihan 10 warna berbeza serta kombinasi penutup dan botol yang boleh ditukar mengikut citarasa.

Membina Sokongan Untuk Atlet Yang Memerlukan

Sebahagian daripada hasil jualan koleksi S10 x Montigo akan disalurkan kepada inisiatif yang membantu atlet mendapatkan akses kepada rawatan pemulihan dan rehabilitasi. Menurut Salim, matlamat utama S10 adalah untuk memastikan atlet muda menerima sokongan yang diperlukan. Dengan sokongan tersebut, mereka dapat meneruskan perjalanan dan perkembangan dalam bidang sukan dengan lebih baik.

“S10 diwujudkan untuk memenuhi keperluan praktikal atlet tetapi pada masa yang sama menjadi platform untuk memberi kembali kepada komuniti sukan,”. Jelas Salim mengenai visi di sebalik penubuhan jenama tersebut.

Inisiatif ini turut mendapat sokongan daripada Montigo yang melihat kerjasama tersebut sebagai peluang untuk menggabungkan inovasi produk dengan impak sosial. Syarikat induk Montigo, menyifatkan semangat keusahawanan serta keinginan Salim untuk membantu atlet lain sebagai inspirasi utama dalam menjayakan kolaborasi ini.

Daripada Gelanggang Sukan Kepada Impak Komuniti

Sebagai sebahagian daripada komitmen sosial S10, sebanyak RM15,000 telah disumbangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Ortopedik Sunway Medical Centre bagi menyokong rawatan fisioterapi dan proses pemulihan atlet muda yang mungkin menghadapi kekangan kewangan untuk mendapatkan rawatan diperlukan.

Sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu atlet yang mengalami kecederaan mendapatkan peluang untuk kembali membina kekuatan, pergerakan serta keyakinan dalam perjalanan pemulihan mereka.

Kerjasama S10 x Montigo bukan sekadar menghasilkan koleksi botol hidrasi. Ia memperlihatkan bagaimana idea daripada seorang atlet muda mampu berkembang menjadi sebuah gerakan yang memberi manfaat kepada komuniti. Inisiatif ini turut membuktikan bahawa semangat kesukanan bukan hanya diukur melalui pencapaian di atas padang. Sebaliknya, ia juga terserlah melalui usaha menyokong dan mengangkat orang lain untuk maju bersama.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down