LANGGAN

Dedikasi Hamilton Di Dunia Sinema Menerusi Kolaborasi Bersama Christopher Nolan

Dedikasi sineman global terhadap dunia arloji.
Published: July 6, 2026

Hamilton dan Christopher Nolan sekali lagi berkolaborasi selepas kejayaan bersama lewat penghasilan filem Interstellar (2014), Tenet (2020) dan Oppenheimer (2023). Menjadikan kolaborasi kali ini istimewa, jam tangan terbaru ini diilhamkan oleh filem epik aksi mitologi terbaharu arahan Nolan terbitan berjudul The Odyssey.

Filem yang akan ditayangkan di pawagam pada 17 Julai 2026 ini direka bersama Christopher Nolan sebagai penghormatan kepada kisah yang menjadi inspirasi filem tersebut. Apa yang ditafsirkan lewat penghasilan jam tangan ini adalah simbolisme, mitologi yang disepadukan dengan material utama yang membentuk satu naratif yang menarik.

Inspirasi utama rekaan jam tangan ini diilhamkan daripada topi dan pedang wira utama filem ini iaitu, Odysseus. Kedua-dua elemen ikonik ini diterjemahkan ke dalam reka bentuk dail serta bahagian belakang bekas jam tangan. Material gangsa dipilih sebagai bahan utama sebagai pentafsiran perisai yang menjadi latar latar filem tersebut

Dihasilkan dengan edisi terhad sebanyak 2,112 unit, jam tangan ini sarat dengan simbolisme yang diilhamkan daripada mitologi Yunani. Angka 12 mempunyai kepentingan yang besar dan sering muncul dalam karya Odyssey. Puisi epik tersebut mengandungi 12,000 baris, 12 buah kapal dihantar ke Troy dan Odysseus yang perlu memasakkan anak panah menembusi 12 kepala kapak sebagai bukti identitinya.

Bekas gangsa berukuran 42mm ini berasaskan model Khaki Field Automatic dan menampilkan kemasan bertekstur bulat (circular finish). Reka bentuknya dilengkapkan dengan tali kulit berbutir berwarna coklat yang menonjolkan ciri khusus koleksi ini menerusi jahitan tengah yang jelas.

Filem yang bakal ditayangkan pada 17 Julai ini bakal menyaksikan lakonan hebat Matt Damon, Zendaya, Tom Holland, Anne Hathaway, Robert Pattison dan Lupita Nyong'o antaranya.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down