Apakah Maria Grazia Chiuri, si kesuma yang menjadi kebanggaan Itali? Dia menyetujui untuk menyertai famili Fendi, menggalas tugas sebagai Pengarah Kreatif dan memintal jalannya dalam memimpin jenama yang begitu kuat lunas jati diri Itali. Maria juga seorang pereka fesyen asal Itali, justeru itu dia umpama mengerti benar tradisi jenama Fendi.

Berpandu kuat pada menaruh perhatian terhadap proses pembuatan, jelas terbuak kesungguhannya dalam menetakkan kualiti serta tidak menguis untuk menilai setiap pembentukan – sememangnya menjajakan kehebatan diri sebagai seorang Italian designer.
Enam bulan menuju pelantikan di Fendi, penampilan perdana himpunan Fendi Cruise 2027 yang diolah oleh Maria mencurahkan sepenuh hasratnya dalam melanjutkan naratif visi mendatang untuk jenama ini. Maria mengedepankan aspek keabadian serta kualiti tinggi pada seni pemakaian. Ketukangan, material dan sifat elegan bertumbuh setujuan menjadi jurusan utama himpunan Cruise.
“Mengutamakan pakaian-pakaian yang tak usang dek zaman, berkualiti, memenangkan aspek nilai kraf serta elegan. Saya mahu visi saya sehaluan dengan atribut masa kini Fendi,” jelas Maria. Menyentuh tentang apresiasi Maria, daya inteleknya bercabang. Menjaga rapi nilai kraf Italian, material-material berkualiti tinggi, hemat dalam konstruksi rekaan dan tidak tergesa-gesa mengkaji siluet serta bentuk.
Maria tidak mahu menundakan pemahaman semua orang tentang apresiasinya terhadap kualiti tradisional Itali dan membuktikan kemampuannya untuk tidak terlalu mengekor trend semata-mata. Dan dia mahu membangunkan identiti yang nyata pada pakaian-pakaian Fendi. Mentafsirkan semula ‘Fendi wardrobe’. Dan… menerusi himpunan ini juga, ia membuktikan pelan masa hadapannya untuk jenama Fendi.
Jadi, pengertian kita tentang visi Maria untuk Fendi ini menjaring sekali perhatian kepada debut himpunan Cruise 2027 yang beralas tujuannya. Himpunan Cruise 2027 daripada Fendi merayakan citra borjuis, dengan mengangkat karismanya sebagai simbol kemodenan. Lewat himpunan Cruise 2027 ini adalah pertumbuhan setujuan rekaan lelaki dan wanita, yang mengabur perhinggaan jantina sehingga mengelola pemahaman kita tentang fluidity. Misalmnya, ceraian-ceraian yang pada pandangan seperti pakaian satu dimensi, namun boleh digayakan secara pelbagai. Ia versatil dan boleh personalized mengikut kemahuan si pemakai.
Fendi mencuba membangunkan kuasa dalam pakaian. Ia ‘beretorik’ dengan konsep pakaian yang berpaut pada kata kunci ‘inklusif’ dan mampu mencorakkan identiti setiap individu. Justeru, merenda hubungan dengan si pemakai dan memandang emosi yang terbentuk menerusinya ; umpama pakaian itu ‘mendewasa’ dengan si pemakai sehingga berharmoni dengan pembentukan imej kendiri. Keintiman pakaian dengan si pemakai yang mencongak perasaan dan menemukan si pemakai dengan suatu inti makna tertentu.
Mutu ketukangan himpunan Cruise 2027 memperlihatkan Maria masih menunduk kepada warisan jenama ini. Konsep borjuis moden yang berangkat daripada ilham Maria ini diperbaharui oleh material dan gabungan tekstur, mengintegrasikan teknik tradisional dengan penataan moden. Misalnya, material parchment yang sinonim dengan Fendi, manakala material kulit hitam ditambah butiran studs mencerminkan daya upayanya untuk tekal memelihara warisan dan pada masa yang sama, menyisipkan kebaharuan.