LANGGAN

Nadhir Nasar Mencatur Kematangan

Namanya tidak asing lagi dalam lakonan dan peragaan, hari ini dia semakin bergiat aktif pula dengan kerja-kerja pengarahan.
Published: April 10, 2026
Penyelaras Ardi Idewani Zaini Fotografi Chuan Looi Penata Gaya Muzammin Muzlan dan Athirah Zahra Arahan Digital Sri Azni Dibantu Oleh Hani Natasha Arahan Seni Nabihah Nizam Dandanan Ckay Liow Grooming Raesok Pelatih Amali Aishah Haziyah

Lebih lima tahun selepas dinobatkan juara ‘Hero Remaja’, tampilan Nadhir Nasar dalam kalangan wajah-wajah baharu industri dengan pasak jiwa kreatifnya terus rancak mewarnai layar. Berterusan tahun lalu dengan filem dan drama seperti ‘Magik Rompak’, ‘Klepet’, ‘Rumah Tanpa Luka’ dan yang terkini sequel ‘Rumah Tanpa Luka Raya’. Hari ini dia juga sudah turut bergelar pengarah dengan penubuhan syarikat sutradaranya sendiri ‘Paradice Pictures’ yang menghasilkan iklan komersial, filem pendek dan video muzik menjadikan dirinya wajah tepat di hadapan dan belakang tabir, yang tidak terikat kepada satu kelangsungan cabang kreatif sahaja. 

Dia tiba ke set ELLE Men tengah hari itu dengan senyuman walau dalam kesibukan minggu perayaan. Yakin dan lancar menjawab setiap tutur soalan diajukan, dia dilihat langsung tidak canggung menceritakan perjalanannya membina nama dalam industri. 

Kemeja cetak, jaket dan seluar denim, kesemuanya daripada Moschino. Kasut kulit daripada Ferragamo.

ELLE Men: To start, boleh kongsikan kesibukan terkini Nadhir?

Nadhir Nasar: Baru sahaja selesai penggambaran untuk dua filem yang jika tiada apa-apa halangan melintang, akan dapat dikeluarkan pada tahun ini juga. Filem pertama berjudul ‘Sujud Syaitan’ yang diarahkan oleh Liyana Jasmay dan sebuah lagi ‘Chelot’ arahan Adrian Teh. Saya sendiri tidak sabar untuk kedua-duanya keluar nanti. 

Selain itu saya sibuk dengan beberapa projek pengarahan. Baru-baru ini siap menghasilkan iklan komersial Hari Raya. Dalam masa sama saya juga ada mengerjakan kerja-kerja pengarahan muzik video, filem pendek dan sekarang sedang menulis untuk feature film saya sendiri yang mungkin akan siap terhasil satu atau dua tahun lagi. Panjang lagi perjalanannya.

EM: Kesibukan sendiri selain daripada hal-hal kerja?

NN: Tidak banyak beza sibuknya. Saya sering membahagikan masa semampu mungkin dengan kerjaya namun saya masih meletakkan 50 peratus fokus kepada keluarga juga. Saya masih tinggal dengan kedua ibu bapa saya dan mereka sangat supportive dengan apa yang saya lakukan. 

EM: Kalau dibandingkan dengan Nadhir yang mula menapak dalam industri dahulu, adakah Nadhir sudah mulai menemui kepuasan itu atau sebaliknya?

NN: It really depends on the things that you aim for. Kepuasan itu satu benda yang sangat subjektif. I don't think if we are at the age of eighty nanti pun kita akan puas dengan banyak perkara. Manusia itu dilumrahkan sebagai satu creature yang tidak cepat puas dengan sesuatu perkara yang kita lakukan. Apatah lagi puas dengan apa yang kita ada.

Hari ini kita mahukan kepuasan di satu tahap itu sahaja. Namun esok bila bangun tidur kita mahu capai tahap kepuasan yang berbeza. Hanya diri kita sendiri yang perlu start the engine and work towards the goals. Barulah kepuasan itu akan ditemui. Asalkan kita tahu the right timing, kita akan temui kepuasan untuk setiap apa yang kita lakukan. 

Baju, jaket, seluar pendek dan kasut, kesemuanya daripada Fendi.
Baju kait daripada Ferragamo.

EM: Bila bercakap tentang kematangan, bagaimana pula Nadhir mendefinisikannya?

NN: Mudah sahaja, matang itu bukan boleh diukur pada umur. Pada saya pengalaman itu yang akan membentuk kematangan. Setiap orang melalui cabaran berbeza. Kematangan tidak terletak pada nombor, namun berbalik kepada setiap individu masing-masing. Ada sahaja orang yang berumur 20 sudah cukup matang, ada juga mereka yang sudah di umur 40 namun kita tidak melihat kematangan diri mereka.

EM: Bercakap pula tentang kerja kreatif pengarahan, memang dalam rencana atau datang tidak sengaja sebenarnya?

NN: Ya, kerja pengarahan memang ada dalam rencana diri seorang Nadhir Nasar. Kalau ingin tahu, kerjaya lakonan itu yang sebenarnya datang tidak sengaja. Saya tamat belajar broadcasting dengan ijazah Mass Communication. Namun itu, sebelum itu lagi di tingkatan lima saya sudah tahu yang saya sangat suka menulis.

Saya tidak pernah meletakkan limit pada diri saya. Sejak saya mula menulis, saya akan menulis apa-apa sahaja dengan suka. Saya tulis puisi, cerita, cereka dan macam-macam jenis tulisan. Saya tahu dengan menulis sahaja boleh tell a true story. Saya boleh menjadi pembikin. Dengan ijazah saya, ia lebih membuka jalan ke situ. 

EM: Jadi apa yang selalu Nadhir tekankan setiap ketika melakukan kerja arahan kreatif?

NN: Saya berpegang kepada satu perkara bila mengarah, dalam kehidupan ini kita melalui banyak fasa tingkat kehidupan. Jadi di setiap fasa itu, kita perlu sentiasa belajar perkara baharu. Di fasa yang saya sendiri lalui saya percaya, in order to be a good director, you need to understand actors. Saya bersyukur saya dapat menjadi pengarah yang perlu melalui kehidupan seorang aktor dahulu. It's a bonus point anyway. 

So my side quest is directing. My main quest is actually acting. I want to change that. Saya mahu jadikan my side quest is acting dan my main quest is directing. Bukan kerana kerjaya mana satu yang mendatangkan lebih duit or anything. Segala-galanya tentang passion. It’s just about the things that you wanted to do. Kalau ingin tahu hari ini, aktor itu yang dibayar lebih daripada seorang pengarah. 

Saya mahu memang jadi pembikin filem yang dapat tell a story secara jujur. Berlakon juga memang boleh menyampaikan story, namun ia berbeza dengan kerja pengarahan. Jalan yang Tuhan buka kepada saya sehingga dapat menjadi pengarah hari ini juga cukup teratur. Saya bermula dengan modelling di mana saya perlu belajar untuk selesa di hadapan kamera dahulu, kemudian menjadi aktor dan seterusnya pengarah. 

Saya tahu perjalanan saya untuk menjadi seorang pengarah masih panjang. Jika direzekikan untuk saya baru dapat siap menyiapkan satu filem di umur 42 nanti sekalipun, saya tetap akan siapkan dan menjadi pengarah. Greatness can't be rushed. 

EM: Ada apa dalam bidang lakonan dan pengarahan yang membentuk disiplin diri Nadhir?

NN: To always let your ego aside. Dalam bidang kreatif ini, semua orang ada idea kreatif mereka yang hebat. Semua orang ingin melakukan sesuatu yang out of box. Semua orang mahu ‘menjual’ karya luar biasa mereka. Tetapi pada akhirnya kita perlu sedar yang kepada siapa kita ‘menjual’ idea itu. 

Setiap idea yang kita terjemahkan dalam lakonan dan pengarahan itu harus perlu sampai kepada mass market. Akan ada audiens yang sentiasa menunggu dan menilai. Saya percaya kerja yang saya lakukan ini tidak boleh langsung untuk syok sendiri. Harus ada balance dalam setiap apa yang ingin dilakukan untuk diri sendiri dan audiens yang menunggu setiap karya itu keluar sampai ke mata mereka. Sebagai pelakon dan pengarah, ada waktunya kita perlu letakkan ego di tepi dan don't let your ego win. Sometimes you work with people, sometimes people yang akan work with you.

EM: Impian terbesar dalam lakonan?

NN: Tidak kisah dalam atau luar negara, saya mahu mencuba untuk menjadi pelakon yang dapat membawakan watak berkostum. Contohnya seperti watak Pennywise dalam ‘IT’, Willy Wonka, ‘Pirates of the Caribbean’ dan Tim Burton. Saya suka character play. Saya selalu imaginasikan untuk membawa watak clown, alien atau yang sebegitu. Saya yakin jika dapat memegang watak seperti itu, saya boleh bermain dengan visual, makeup dan rambut palsu yang besar. 

EM: Impian terbesar sebagai pengarah pula?

NN: Kalau dalam pengarahan juga lebih kurang sama. Saya ingin cuba mengarah filem yang dengan permainan kostum yang unik dan kreatif. Mungkin bezanya cerita berkostum saya nanti akan lebih berfokus kepada keunikan rakyat Malaysia. Dengan pengarahan, saya ingin cuba fahamkan orang kepada apa yang saya mahu orang untuk faham. Bukan hanya yang faham sahaja faham. Itu sudah silap. Saya mahu orang juga faham apa yang saya mahu mereka faham. Itu yang saya kaitkan tentang ego tadi. Kalau ada masa juga nanti saya ingin menyambung pengajian master. Saya tahu ijazah itu sudah cukup, tetapi I love studying dan siapkan diri saya dengan ilmu. 

Baju turtleneck, jaket dan seluar, kesemuanya daripada Prada.

EM: Sebesar mana pula Nadhir melihat keberhasilan syarikat Paradice Pictures itu nanti?

NN: Syarikat itu sebenarnya sudah empat tahun terbina. Impian saya sangat besar, ia akan menjadi syarikat filem yang berjaya membikin filem box office di Malaysia, itu perancangan saya. Saya tidak kisah how long it takes and how many times I should fail. 

EM: Ada impian jangka panjang lain yang lebih besar untuk Paradice Pictures?

NN: Impian saya untuk melihat syarikat ini menghasilkan banyak filem dan bila filem-filem itu keluar, ia berada dalam carta sepuluh kutipan tiket terhebat di Malaysia. 

EM: Bercakap tentang rujukan berkarya kreatif Nadhir itu sebenarnya datang daripada mana. Ada buku atau nama?

NN: Of course ada. Saya memang peminat tegar Stephen King, jadi based on Stephen King punya movie macam ‘Pet Sematary’, ‘IT’ dan ‘Doctor Sleep’ semuanya saya suka. Senang cerita, saya suka genre yang thriller tetapi tidak terlalu thriller, sci-fi tetapi tidak terlalu sci-fi. Dia macam cerita-cerita yang kanak-kanak juga boleh tonton walaupun bergenre dark dan horror. 

EM: Saya pasti ramai generasi Z dan mungkin Alpha hari ini look up to your journey. What would be your advice untuk mereka yang baru menceburi industri?

NN: As cringe as it gets, to be authentic. Jangan ikut pace orang lain. Kita hidup di zaman media sosial yang setiap hari ada sahaja orang baru dan bakat lebih fresh. Bila kita mencari diri sendiri, orang akan suka dan ikut kita. Jadi sangat penting jadi seorang yang autentik dan jangan terikut-ikut. Jangan pula takut untuk mencuba. 

EM: Kalau ada peluang lakukan perkara baru lain, apa yang Nadhir ingin cuba?

NN: Saya memang ingin sambung belajar. Kalau boleh take a break, memang pursue my studies. Mungkin saya akan buat master dahulu kemudian PhD. Saya rasa belajar sampai ijazah dahulu belum cukup lagi. Saya ingin siapkan diri dengan ilmu. 

EM: Bercakap pula tentang kelab peminat ‘Lucky Fighters’, sejauh mana relationship Nadhir dengan mereka?

NN: Sangat close and very helpful. Merekalah sebab saya mahu keep creating and doing things. Mereka sentiasa menunggu karya-karya saya keluar. You know who we are without our fans right? 

Ramai selebriti di luar sana, especially globally juga begitu, kalau sudah tidak bekerja pun mereka masih ada duit dalam simpanan. Tetapi kenapa mereka mahu tetap bekerja dan tampil juga berkarya? Kerana masih ada fans yang menunggu hasil kerja mereka keluar. Ada mereka-mereka yang sanggup menanti lakonan masing-masing. It's not wrong pun doing it for the people. Saya sendiri, ada sahaja drama yang saya lakonkan kerana permintaan fans saya untuk melihat watak dibawa yang sebegitu. 

EM: Ada apa-apa perkara lain yang ingin dikongsikan tentang mereka?

NN: Kelab peminat saya sangat helpful. Setiap kali saya buat meet and greet juga mereka sanggup hadir. Ada juga yang memang saya sudah kenal dan jumpa muka baharu setiap kali bertemu. The fact that ada yang menjadi fans saya sejak saya bermula sehingga sekarang, sudah berkahwin dan ada anak. Saya rasakan itu rezeki. 

To see them grow and their growth to support my journey. Saya sangat berterima kasih dengan wujudnya ‘Lucky Fighters’. Mereka support saya ketika saya baru bermula dengan berjalan untuk KLFW dan kemudian ‘Hero Remaja’. Ada special connection between me and them. Dua tahun ini juga saya dapat lihat dalam kelab peminat itu sudah ada lelaki berbanding masa mula ditubuhkan dahulu, rata-ratanya perempuan. Saya bersyukur dengan mereka kerana selalu menantikan karya-karya saya keluar.

*Baca temu bual penuh menerusi ELLE Men isu April/Mei 2026.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down