LANGGAN

Seni Bina dan Horologi Bersatu Di Butik Baharu Audemars Piguet

Butik global Audemars Piguet kini dibuka di Kuala Lumpur, berlokasi di The Starhill, Bukit Bintang. Binaan berangkai dua ini menandakan babak baharu buat jenama Audemars Piguet. Bukan sementara cuma, biar selintas atau bertamu lama di The Starhill, binaannya tersergam gah di titik tengah kota Kuala Lumpur. Berkeluasan 425 meter persegi dengan seni bina dupleks menjanjikan […]
Published: July 27, 2026

Butik global Audemars Piguet kini dibuka di Kuala Lumpur, berlokasi di The Starhill, Bukit Bintang. Binaan berangkai dua ini menandakan babak baharu buat jenama Audemars Piguet.

audemars piguet

Bukan sementara cuma, biar selintas atau bertamu lama di The Starhill, binaannya tersergam gah di titik tengah kota Kuala Lumpur. Berkeluasan 425 meter persegi dengan seni bina dupleks menjanjikan satu pengalaman unik. Ia membawa sinar baharu dalam alam horologi. Membuktikan komitmen untuk mencorakkan suatu latar seni pembuatan jam tangan yang immersive untuk setiap pengunjung serta pencinta-pencinta horologi. 

Butik terbaru Audemars Piguet ini mensintesiskan gaya seni bina dan fine watchmaking, merenda sebuah ceritera yang sarat inspirasi serta kelanjutan kisah tentang masa dan warisan. Lantas, pembukaan rasminya pada bulan Julai ini terpamer sebuah installation di piazza ruang acara sebagai tanda penghormatan buat legasi jenama Audemars Piguet serta novelti-novelti tahun ini.

audemars piguet

 

Audemars Piguet - Rekaan Menghargai Waktu, Semula Jadi dan Ketukangan Kraf

audemars piguet

Butik baharu ini direka oleh arkitek, Vincenzo De Cotiis yang turut berpadu tenaga dengan arkitek-arkitek tetap jenama tersebut. Segala aspek rekaan binaan merujuk kepada keasalan Audemars Piguet yakni di Vallée de Joux, yang menerokai atribut semula jadi dan waktu – atribut yang sudah lama membentuk identiti Audemars Piguet. Butik ini mengatur perjalanan penelitian isi rekaan yang mengutip ilham landskap semula jadi Lembah Swiss Jura dan berbancuh dengan rekaan seting kontemporari. 

Pertembungan penggunaan material seakan-akan mendorong pengunjung-pengunjung ke konsep hutan, air, ais dan batu. Ia bermain dengan bahan rencaman untuk menubuhkan setiap ruang, bagi menerbitkan kontra. Contohnya, batu legap dengan frosted glass, lantai parket kayu bersama panel wainscoting yang mencipta visual perbezaan jelas dua unsur serta tekstur yang menyerlahkan sifat elegan. Elemen-elemen ini menyusun setiap kebebertian susun atur butik ini. 

Beraluan Prinsip Kelestarian

audemars piguet

Kunci utama butik baharu Audemars Piguet adalah komited dengan kelestarian – dengan mengira sekali tanggungjawab yang tersisip dalam setiap proses. Daripada metode produksi sehinggalah pengurusan infrastruktur. Ia menyemat harapan untuk merangkul pencapaian perakuan Gold atau Platinum LEED (leadership in Energy and Environmental Design), bagi mengecap piawaian yang berteraskan kecekapan tenaga, penggunaan bahan, pemuliharaan air serta kesejahteraan mereka yang berada di dalam butik tersebut. Setiap material yang digunakan dipilih secara cermat bagi memastikan daya tahan dan mengurangkan jejak ekologi. Sistem pencahayaan dan kawalan iklim direka untuk mencapatkan kecekapan tenaga yang optimum, di samping rekaan seni binanya yang tak usang dek zaman. 

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down