LANGGAN

Kejutan! Melawan Konformis, Audemars Piguet x Swatch Diperkenalkan Untuk Pencinta Horologi

Kolaborasi yang menjadi perbincangan hangat di internet!
Published: May 14, 2026

Mengusir cengkaman keingintahuan yang berbegar dalam fikiran semua pencinta jam tangan segenap dunia. Audemars Piguet dan Swatch bersatu? Audemars Piguet X Swatch atau AP X Swatch bukan lagi ‘mitos’. Gandingan ini adalah kenyataan. Imej tafsiran sekadar kunjungan di internet, mencongak siluet atau rekaan yang berteraskan Royal Oak dengan simbahan penuh satu rona. Agakan ini mengundang antisipasi, hebah sehinggakan orang beratur sehari sebelum semata-mata mahu ‘merembat’ jam tangan ini. 

ap x swatch

Kata orang, belum tahu laba rugi. Berkenan atau tidak, ia terserah. Bila diperkenalkan minggu ini, ia tersedia dengan rangkaian lapan model Bioceramic berwarna-warni dan dalam format jam saku!

Melantaskan nyawa tradisi yang mendukung keasalan. AP X Swatch menampilkan Royal Pop – koleksi yang menjadikan keberanian serta kepositifan satu kesatuan, berbancuh dengan seni pembuatan halus sesuatu adicipta. Royal Pop mengutip ilham daripada Seni Pop, yang mencantumkan kita kepada khazanah budaya pop yang menyulam inti makna warna-warni, sarat keceriaan dan tenaga. 

Benar, citra Royal Oak yang legenda, yang diperkenalkan pada tahun 1972 dibangunkan oleh Audemars Piguet. Manakala Swatch menyemak kembali jam tangan Swatch POP yang popular pada era 80-an. Merenda kedua-dua aspek ini yang bukan hanya sekadarkan suatu penghormatan, bahkan juga bermatlamat untuk mengusik kita dengan konsep disruptive dua elemen tradisi namun dalam tafsiran semasa. 

ap x swatch

Mengapa formatnya jam saku? Apakah ia berhaluan untuk mengubah car akita memakai jam tangan? Mungkin. 

Jam saku AP X Swatch disempurnakan oleh tali lanyard material kulit anak lembu dengan kesengajaan topstitching kontra. Kolaborasi ini membenarkan kebebasan si pemakai: sama ada bergantung pada leher, berikat pada tali beg, di pergelangan tangan, disimpan dalam kocek, berhias sebagai jam meja dan macam-macam. Penggayaan tanpa sempadan. 

Koleksi ini dikuasakan oleh inovasi pergerakan SISTEM51 yang muncul dalam versi putar tangan baharu dengan 15 paten aktif. SISTEM51 adalah pergerakan mekanikal Swiss-made yang membabitkan pemasangan seratus peratus automatik.

Kecirian Utama AP X Swatch

ap x swatch
ap x swatch
ap x swatch
ap x swatch

Kecirian utama yang menjadi fokus adalah 90 jam rizab kuasa dengan spring imbangan Nivachron™ anti-magnetik serta pelarasan kejituan yang berasaskan laser, yang terus dibikin di kilang. 

Pergerakan yang menakjubkan pada Royal Pop Collection ini terlihat jelas pada pandangan, kerana bahagian caseback lut sinar yang hadir dalam lapan rona unik. Ada dua versi yang pastinya menaruh minat pencinta-pencinta jam tangan – yakni jam saku gaya Lèpine dengan tombol boleh putar yang diposisikan pada detik jam 12 ; serta jam saku gaya Savonette dengan tombol boleh putar pada detik jam 3. Dan mengapa Royal Pop Collection ini memilih nombor genap lapan sebagai tumpuan unitnya? Kerana angka ‘lapan’ itu kiranya suatuy penghormatan buat lapan bahagian case dengan lapan skru pada bezel signature Royal Oak. Royal Pop Collection menampilkan lapan paten tambahan untuk konstruksi case, atas dasar bekas asal Royal Oak yang agak kompleks. Menyatukan bentuk bulat oktagon, bentuk bulatan sempurna serta bentuk barel. 

Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down