Bukan hanya tentang ukuran waktu. Imaginatif dan intuitif bertindih dengan kejituan teknikal serta nilai erti seni. Menitipkan satu penghargaan yang menggergasi. Seni dan horologi menjadi percaturan dalam 'Di Sebalik Waktu' dalam lembaran horologi bulan ini.

‘Riak’ alunan guilloché pada LOUIS VUITTON Tambour Guilloché mengangkat seni ekspresi, lantas menjadi perntayaan visual moden antara seni dan horologi.

Calm complications. Keterserlahan geometri ringkas CHOPARD L.U.C Strike One Titanium melambangkan kemewahan dalam kehalusan.

Inspirasi skaf rekaan Gianpaolo Pagni memerihalkan imaginasi HERMÈS Arceau Cavalier en Formes, menghidupkan ‘kehalusan’ naratif seni tida dimensi.

Kajian fluidity yang mengaburkan sempadan seni dengan pembuatan jam tangan. Siluet organik CARTIER Crash Squelette mengubah horologi menjadi satu objek yang membiaskan keluarbiasaan.

PATEK PHILIPPE Complications menyampaikan dongeng – berideologi dengan ilham cereka Jean de La Fontaine, menggugah keindahan butiran halus yang meronai karakter.

Merenung waktu seumpama berlayar ke alam poetic. JAEGER LE-COULTRE Reverso Hybris Artistica Calibre 179 Pegasus mendukung kuat ketukangan kraf dan kehebatan sang pengukir.
Teks: Ardi Idewani | Karya Seni Digital: Nabihah Nizam