LANGGAN

Senarai Pemenang Cannes 2025

Jafar Panahi membawa pulang Palme d'Or.
Published: May 28, 2025
Jafar Panahi (AP Photo/Natacha Pisarenko)

Cannes menjadi destinasi pencinta filem global yang saban tahun memberi penghargaan kepada pengkarya perfileman antarabangsa. Tahun lalu ‘Anora’ arahan Sean Baker diangkat sebagai pemenang utama Palme d’Or menjadi pemangkin untuk pengusaha filem muda terus berkarya.

Tahun ini sekali lagi Cannes Film Festival menamakan sebanyak enam belas filem yang telah dipilih untuk bertanding merebut piala Palm d’Or.  Pengarah tersohor seperti Ari Aster, Wes Anderson, Jafar Panahi dan Richard Linklater bakal merebut kategori utama yang dipertandingkan.

Pembikin filem berhaluan kiri dari Iran, Jafar Panahi mengungguli anugerah utama Festival Filem Cannes menerusi filem arahannya berjudul "It Was Just an Accident" yang diilhamkan daripada kisahnya yang menjalani hukuman penjara oleh kerajaan Iran.

Pengarah menerima pujian tinggi akan kreativitinya dalam menghasilkan cerita yang bertunjangkan kemanusiaa. Cannes melabuhkan tirainya pada hari Sabtu lalu setelah juri yang diketuai oleh aktres Perancis Juliette Binoche mengumumkan "It Was Just an Accident" memenangi anugerah utama Palme d'Or.

Filem ini merupakan yang pertama diarahkan olehnya selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2023. Jafar Panahi sebelum ini cukup dikenali dengan filem-filem bertema kemanusiaannya seperti "The White Baloon" dan "The Circle".

Berikut senarai lengkap pemenang Cannes tahun ini.

Palme d’Or: Jafar Panahi (It Was Just an Accident)
Grand Prix: Joachim Trier (Sentimental Value)
Pengarah Terbaik: Kleber Mendonça Filho (The Secret Agent)
Aktor Terbaik: Wagner Moura (The Secret Agent)
Aktres Terbaik: Nadia Melliti (Little Sister)
Penghargaan Juri: Sirat, Oliver Laxe and Sound of Falling, Mascha Schilinski
Special award (Prix spécial): Resurrection, Bi Gan
Lakon Layar Terbaik : Four

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down