Tiga ahli menemukan nama FUGŌ yang berasal daripada elemen ‘doa’. Bagi mereka, setiap kali perkataan itu disebut, ia mengiringi satu doa yang dianggap sebagai ‘manifesting’. Sebagai sebuah band yang masih baru, mereka percaya bahawa muzik yang dibawakan mampu menarik perhatian ramai, selain menyampaikan keikhlasan dalam setiap lagu. Kini, mereka sedang sibuk mempersiapkan diri untuk Latihan Pestapora, di samping menyiapkan album terbaru yang sedang dalam proses.

FUGŌ: Muzik itu sendiri adalah inspirasi kami. Kadang-kadang kami mengambil rujukan daripada lagu era 70-an atau 80-an. Jadi, kami cuba suntikkan elemen muzik terdahulu dengan muzik era kini supaya lebih ramai yang dapat mendengar FUGŌ.
"Cabaran itu sentiasa ada tetapi dengan adanya persahabatan, perjalanan ini nampak lebih mudah. Ditambah dengan keihlasan hati"
F: Ketika persembahan di Haus Boom Music Festival tahun lepas, pada 12 Oktober, di mana Ami, pemain bass kami, mendapat anak pertama. Selain itu, ketika tour pertama kami di Kedah. Ketika itu, kami tidak sangka ramai yang datang dan rupanya mereka adalah peminat FUGŌ. Dari situ, ia mengubah persepsi kami. Dulu hanya sekadar small discussion tetapi sekarang kami sudah menjadi sebuah band yang lebih besar.
F: Cabaran itu sentiasa ada tetapi dengan adanya persahabatan, perjalanan ini nampak lebih mudah. Ditambah dengan keikhlasan hati dan kami hanya mahu menikmati perjalanan membina band ini dan mengisi masa lapang dengan sesuatu yang kami suka.

F: Ada satu filem yang mengubah persepsi kami, iaitu ‘Perfect Days’. Sebuah filem Jepun tentang seorang lelaki yang menikmati kehidupannya walaupun dia hanya seorang tukang cuci tandas. Daripada filem ini, FUGŌ melihat keindahan muzik dalam perkara-perkara kecil.
F: Budaya muzik menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana kami mahu sesuatu yang lebih efisien untuk berkomunikasi. Kami percaya bahawa apa sahaja yang kita nyanyikan boleh memberi kesan kepada seseorang. Seperti yang pernah P. Ramlee katakan, anak muda hatinya kosong. Jadi, apabila kita terapkan perkara-perkara yang positif, masyarakat juga mungkin akan menjadi lebih positif. Kami juga mahu muzik yang dibawa menjadi satu bentuk terapi kepada pendengar.
F: Kami berharap dapat selesaikan album ini dengan mudah dan progress yang baik. Kami juga berharap perjalanan ini akan terus berkembang dengan lebih ramai pendengar baru serta membuka mata lebih ramai orang tentang FUGŌ.

PENYELARAS ARDI IDEWANI FOTOGRAFI AMANI AZLIN DIBANTU OLEH BRENDON & GAVIN PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN ARAHAN SENI NABIHAH NIZAM GROOMING AYANG KAMEL & WIRA KASTRYA DANDANAN AIREENZRASHID TEKS M. RIDHWAN SA’AYA & NURHANI NATASHA PELATIH AMALI HIZRAL FAIZ ROZEMAN & AISYAH HAZIYAH