Sebagai pengasas label fesyen dan jenama Zeve, Zaid Arif Zubir membina perniagaannya dengan visi yang jelas. Dia berusaha untuk sentiasa menggabungkan ketelitian rekaan dengan identiti tempatan. Berbekalkan minat mendalam, dia terus ingin meneroka idea baru dalam menghasilkan produk yang relevan dengan peredaran semasa malah memiliki nilai karakter tersendiri. Kini, dia sedang sibuk dengan pembukaan stor baru di Subang Jaya. Dalam masa sama giat mempersiapkan koleksi Ramadan tahun 2027 serta merancang kempen istimewa sempena ulang tahun ke-11 jenama Zeve.
Sut, kemeja dan tali leher kesemuanya daripada ZEVE SHOES.
ELLE Men: Dorongan yang menginspirasi anda terus berkarya dan berkreatif dalam bidang diceburi?
Zaid Arif: Saya ada banyak cara seperti tengok Pinterest sama macam orang lain. Namun baru-baru ini saya ada beli sebuah keyboard. Mula-mula agak susah juga untuk bermula bermain. Namun bila dapat mainkan satu lagu sampai habis, saya dapat salurkan proses belajar itu ke kerja harian saya.
EM: Apakah projek yang paling memberi kepuasan dan diingati hingga sekarang?
ZA: Sukar untuk pilih satu, tetapi momen paling saya ingat masa mula launch kasut dulu. Team saya belum besar lagi, jadi semuanya perlu dibuat oleh sesiapa saja yang ada dan tidak ramai.
"Mula-mula agak susah juga tetapi bila dapat mainkan satu lagu sampai habis, saya dapat salurkan proses belajar itu ke kerja harian saya"
EM: Apa cabaran terbesar yang sering dihadapi dalam bidang anda?
ZA: Untuk memenuhi expectation orang ramai tentang jenama saya. Selain itu untuk menguruskan seluruh team saya yang mana setakat hari ini saya sudah ada 52 orang pekerja.
EM: Di luar dunia kerja, apakah lagu, buku, hobi atau ritual harianon repeatyang mesti dilakukan?
ZA: Saya jarang ada masa bersendiri. Selalunya lepas masa bekerja saya akan bersama-sama team saya bermain PS5, karaoke, main ping pong dan buat aktiviti bersama. Semuanya untuk bina bonding yang lebih rapat supaya tidak rasa ada gap di tempat kerja.
EM: Definisikan budaya dengan cara anda?
ZA: Budaya pada saya adalah lebih budaya kerja. Saya sentiasa pastikan setiap pekerja saya tidak rasa terasing dengan adanya friendship dan brotherhood yang baik di persekitaran kerja Zeve.
EM: Impian terbesar sebelum tahun ini berakhir.
ZA: Saya ingin melancarkan jenama kedua saya yang sudah siap untuk keluar di pasaran. Doakan semuanya berjalan lancar.