Walaupun produk penjagaan kulit dengan teknologi Korea lebih mudah menembusi pasaran Malaysia, Koh Li Tim atau lebih mesra dengan nama Tim memilih untuk mengusahakan produk kecantikan yang berteraskan keperluan sebenar penduduk Asia Tenggara. Bersama dua orang rakan niaganya, dia mengasaskan Paloma dengan misi menghasilkan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk iklim dan gaya hidup penduduk rantau ini.
Kemeja dan vest karit daripada POLO RALPH LAUREN. Cincin dan rantai milik Li Tim.
ELLE Men: Dorongan yang menginspirasi anda terus berkarya dan berkreatif dalam bidang diceburi?
Li Tim: Sangat susah kerana business dan kreatif adalah dua perkara berbeza. Saya dan team selalu perlu memikirkan banyak unsexy things untuk memastikan idea kreativiti itu sentiasa ada.
EM: Apakah projek yang paling memberi kepuasan dan diingati hingga sekarang?
LT: Membina jenama Paloma daripada bawah dan melihat pencapaiannya hingga kini.
"Tanpa budaya yang baik sekarang, kita tidak akan menghargai masa lalu. Jenama Paloma juga dibina dengan idea yang pelbagai dan niat budaya yang baik"
EM: Apa cabaran terbesar yang sering dihadapi dalam bidang anda?
LT: Cabaran paling besar selalunya adalah untuk memenuhi expectations sendiri di mana bila kita capai satu peringkat umur, kita mula membandingkan diri dan pencapaian yang kita ada. Mungkin cabaran terbesar saya adalah selalu overthinking.
EM: Di luar dunia kerja, apakah lagu, buku, hobi atau ritual harianon repeatyang mesti dilakukan?
LT: Saya akan dengarkan muzik, berjalan dan mungkin menghabiskan masa sendiri.
EM: Definisikan budaya dengan cara anda?
LT: Budaya adalah perkara yang akan membentuk masa depan kita semua. Tanpa budaya yang baik sekarang, kita tidak akan menghargai masa lalu. Jenama Paloma juga dibina dengan idea yang pelbagai dan niat budaya yang baik.
EM: Impian terbesar sebelum tahun ini berakhir.
LT: Impian terbesar saya adalah untuk rasa puas dengan apa yang saya telah capai kerana kadangkala saya agak stress bekerja. Mungkin impian lain adalah membina komuniti lebih besar untuk peminat jenama Paloma.