LANGGAN

Best Dressed Men Di Emmy Awards ke-78

Rumusan siapa best dressed men di Emmy Awards ke-78.
Published: September 15, 2026

Siapa EMMY Awards 2026 best dressed men?

Bertepatan dengan Minggu Fesyen New York bulan September, Emmy Awards ke-78 muncul menyoroti dunia hiburan. Kita melihat Jean Smart menyapu bersih anugerah Outstanding Lead Actress in a Comedy Series, yang melakar sejarah sebagai satu-satunya wanita yang tidak berkeputusan menggondol gelaran tersebut saban musim Emmy Awards. Manakala Matthew Rhys (daripada siri Widow’s Bay) pula memecah tradisi pabila membawa pulang dua penganugerahan untuk dua kategori berbeza. 

Dan kejutan Meg Stalter di permaidani merah, mereplikakan dirinya seperti trofi emas Emmy? Ikonik!

Bertempat di Peacock Theater di Los Angeles yang menjadi pumpunan bintang-bintang ternama, seperti lazimnya ia melungsurkan mata kita untuk bertumpu kepada detik permaidani merah. Best dressed men menjadi perspektif perbualan kali ini yang mengelompokkan antara gaya klasik arketaip lelaki Hollywood dengan aspek penggayaan yang mencabar konformis. 

Sejujurnya, antara yang merantai perhatian adalah kehadiran Riz Ahmed menyarung Loewe daripada Jack McCollough and Lazaro Hernandez. Riz disiapkan oleh Felicity Kay, tampil berani memakai sut berpotongan boxy yang melawan proporsi tubuhnya. Dengan imej lipatan bersahaja pada belah kiri lengan sut, menyengajakan konsep undone. Berbicara tentang konsep undone, Paul W. Downs juga mempersembahkan gaya yang seakan-akan – kolar kemeja dalam dibiarkan terbuka, tanpa pelengkap seperti dasi atau tali leher. Melawan konformis gaya klasik formal lelaki turut dikutip oleh Colman Domingo dalam persalinan Valentino di permaidani merah dan mengatur dirinya dengan rona terang yakni perang serta merah jambu. 

Sudah tentu, ada pelakon-pelakon lelaki yang tidak membantah keras untuk memilih gaya klasik sajak di permaidani merah Emmy Awards. Apa yang menyedarkan pandangan adalah pemilihan sut three-button double breasted. Seperti Adam Brody menyarung rekaan Prada dan Richard Gadd menyarung rekaan Celine yang menampilkan struktur sut three-button double breasted (malah, kali ini banyak selebriti lelaki menggayakan konsep double breasted). Paul Anthony Kelly pula ‘selamat’ dalam penggayaan Louis Vuitton, memilih tuksedo klasik single breasted dengan lapel peak, dasi baldu, cummerbund dan berkasut Derby. Imejnya ringkas, mencerminkan arketaip lelaki Hollywood yang tradisional kala di permaidani merah. 

Emmy Awards 2026 Best Dressed Men

emmy awards 2026
Riz Ahmed menggayakan Loewe
emmy awards 2026
Paul W. Downs
Colman Domingo menggayakan Valentino
emmy awards 2026
Richard Gadd menggayakan Celine
emmy awards 2026
Jack Lowden menggayakan Loewe
emmy awards 2026
Noah Wyle menggayakan Brunello Cucinelli
Thomas Doherty menggayakan Brunello Cucinelli
Thaddeus LaGrone
Dan Levy menggayakan Celine
Charles Melton menggayakan Louis Vuitton
Mark Ronson menggayakan Celine
Oscar Isaac menggayakan Celine
Paul Anthony Kelly menggayakan Louis Vuitton
Adam Brody menggayakan Prada
Marcello Hernandez menggayakan Prada

Kredit gambar : Getty Images

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down