LANGGAN

Undone Dan Sprezzatura: ‘Keserabutan’ Yang Terancang, Trend Lelaki Musim Panas 2026

Styling lelaki musim panas 2026!
Published: May 26, 2026
sprezzatura

Bagaimana dengan rumpun trend lelaki masa kini? Untuk musim panas 2026, selamat datang ke era messy boy aesthetic. Atau ketidakaturan yang disengajakan. Atau disheveled gentlemen. Atau sprezzatura trend.Atau the undone look. Atau the death of a ‘clean boy’? Yup. Serbah-serbih atau tidak kemas mengungguli penataan gaya atau trend lelaki! 

Kita akan lihat lelaki-lelaki untuk musim panas 2026 mengabaikan peletakan elok kolar pada bajunya, lengan blazer formal dibiarkan berlipat atau disingsing sehingga memperlihatkan pergelangan tangan, konsep ‘tuck in’ tidak konkrit lagi dalam kamus fesyen lelaki dan bahagian hujung kemeja dibenarkan keluar dari seluar atau the tip of the tie tidak lagi berselindung di sebalik blazer sut.   

sprezzatura

Kita punggah kembali sebakul kenangan dahulu. Untaian masa dari sekolah ke menjijak kaki ke kolej, berjajar kita menjuju ke arah pembetulan gaya diri. Agar rapi, kemas, tertata elok pada pandangan. Terlintas di hati untuk menyanggah ketentuan arahan tersebut, kononnya mahu menjadi seorang yang melawan konformis. Yang pastinya berhujung dengan ‘hukuman’. 

Usia muda berlabuh dan usia matang pula menyinggah. Bila mendewasa, apakah terisi pemikiran subur lelaki-lelaki sekarang yang mahu melanggar konformis dan menelanjangkan keformalan? Menghargai ‘messiness’ yang sejujurnya menyulam suatu kesenian secara eksplisit?

sprezzatura
sprezzatura
sprezzatura

Jenama-jenama fesyen menolak sempadan keformalan atau kekemasan. Barangkali, berdasarkan pemerhatian, ia bukan dekonstruksi siluet avant-garde yang melangkaui siluet lazim lelaki. Seperti sesuatu yang selalu dibangunkan oleh Yohji Yamamoto. Estetika undone atau sprezzatura ini telahpun dirangka oleh jenama-jenama fesyen – seperti Dior, Saint Laurent Paris, GMBH atau Kenzo – dalam ruang lingkup pakaian sedia pakai. Gaya dekonstruksi pada citra preppy atau menyirat butiran disheveled pada imej elegan. 

Biar butiran messy itu secebis pun, asalkan dapat mencapai puncak kesempurnaan ketidakaturan terancang ini. Lanats ia beragaman ke impak visual. Tanpa mempedulikan visual yang dianggap comot atau tidak kemas menurut masyarakat, ia didentifikasikan sebagai ‘seni’ pada penampilan. 

Misalnya, Dior, David Koma dan Dolce & Gabbana memilih aspek acuh tak acuh – hujung pakaian dibiarkan untucked atau bagian pinggang boxer sengaja dinampakkan – seakan-akan mencadangkan pelihatan imej lelaki yang tergesa-gesa menyarung pakaian atau bersiap. Ami Paris, Chavarria dan Saint Laurent Paris mengubah estetika lengan baju atau blazer yang tidak lagi dilipat kemas sehingga hujung lengan pakaian dalam jelas terpacul terkeluar. 

Sejujurnya, berdasarkan pendapat peribadi, manipulasi aturan yang disengajakan ini tidak sekalipun serasa mencacatkan pandangan. Jika ia digarap tastefully, ia sememangnya mampu menyemat kesenian yang cuba dicapai. Kerana apa yang digarap ini mencorakkan pemberontakan intelektual. Itulah yang diertikan dalam inti makna ‘sprezzatura’. Yakni seni menopengi usaha keras di sebalik penampilan. 

Istilah rigid terketepi. Perimeter kod pakaian formal dikesisikan. Menampakkan anda sepertikan seorang lelaki yang couldn’t care less, namun beroleh kemenangan pabila dilihat sangat bergaya. 

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down