LANGGAN

Kami Ke Pembukaan Lilanz & Menyedari 5 Fakta Tentang Jenama Ini!

Lima fakta menacing tentang jenama LILANZ - yang kini bertapak di Malaysia
Published: May 29, 2025

Jenama ini mula menapak di Malaysia. Dari China ia datang, menggagahkan lagi momentum dunia fesyen lelaki di Malaysia. Nama jenama ini? LILANZ – sebutannya bukan “lai-lenz”, tetapi “li-lanz”. Mudah. Sebutannya sebunyi ejaannya. Kehadiran julung kali jenama LILANZ ke Malaysia tidak memilih hab bisnes metropolis Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama. Sebaliknya, LILANZ menanjak bukit tinggi ke Genting Highlands dan meubuhkan butik pertama di SkyAvenue.

lilanz

Aiman Hakim Ridza, Ezaidi Aziz, Azrel Ismail, Iydzham Ang dan Adam Lee antara personaliti yang hadir memeriahkan acara pembukaan butik pertama LILANZ di SkyAvenue. Seputar mengitari butik baharu ini, kami diberitahu keluasannya adalah 2,885 meter persegi dan rekaan dalamannya serba-serbi minimal. Rona dalamannya terang, dengan sedikit gabungan fusi futuristik serasa mengangkat tema urban si lelaki. Bagai nyata keterserlahan paduan inovasi dan craftsmanship, melengkapi teras jenamanya yang mengadaptasikan estetika business casual dengan minimalist precision.

lilanz

LILANZ meluhurkan tiga nilai utama – yakni SMART, URBAN CASUAL dan PERFORMANCE WEAR – yang membahasakan citra rekaan-rekaannya. Mengintegrasikan inovasi dan teknologi terkedepan, setiap pakaian serta aksesori LILANZ mempertingkatkan everyday wear dengan penataan gaya kontemporari, keselesaan dan sofistikasi. 

Barangkali ada segelintir anda yang tidak kenal rapat jenama LILANZ ini. Tidak biasa, mungkin juga. Atau barangkali pernah tahu, namun kurang pasti dengan fakta-fakta tentang LILANZ. Setelah kami seharian menghabiskan masa di pembukaan LILANZ di SKyAvenue, ini adalah lima perkara tentang jenama asal China yang bakal menakluki dunia fesyen kita!

  1. Ditubuhkan pada tahun 1987, sudah berusia hampir 40 tahun!

LILANZ adalah jenama asal China yang ditubuhkan pada tahun 1987 oleh adik-beradik Wang dan hanya bermula di woksyop sederhana sahaja. Asalnya, mereka memperkenalkan serangkaian produk, namun berkembang ke pelbagai produk – outerwear, pakaian dalam, seluar, kasut serta aksesori. “Sejak dari era 90-an lagi, jenama kami mentafsirkan semula citra gaya ‘kasual bisnes’ di China, dengan menampilkan elemen minimalist,” jelas Wang Jun Hong, Pengarah Eksekutif dan Timbalan Presiden Lilang (China). Pada tahun 2009, mereka menempa sejarah pabila diiktiraf dan menjadi jenama menswear pertama yang tersenarai dalam Hong Kong Stock Exchange. 

  • LILANZ – bermaksud success gentlemen
lilanz

Asal namanya adalah daripada ‘Lilang’ – dalam Bahasa Mandarin, ‘Li’ mendefinsikan makna faedah atau kejayaan, manakala ‘Lang’ bermaksud gentlemen atau Budiman. Pada tahun 2008, jenama ini menukar Namanya ke LILANZ (yang lebih terarah ke ejaan atau sebuta Inggeris) untuk mempertingkatkan daya tarikan serta akses ke pasaran antarabangsa.

  • Mendominasi pentas minggu fesyen antarabangsa
lilanz

Tidak hanya mementaskan himpunannya di China sahaja, namun pernah dipersembahkan di Milan Fashion Week pada tahun 2007 dan Tokyo Fashion Week pada tahun 2008. Bukan semberono, pementasan fesyen LILANZ malah gah di seting-setiing luar biasa – antaranya mengadakan pertunjukan di atas jambatan Anping yang dibina pada tahun 1138.

  • Menerokai koleksi kapsul dan kolaborasi 
lilanz

Antara yang menjadi pencapaian jenama LILANZ adalah menampilkan koleksi kapsul serta kolaborasi dengan figura-figura ternama dan membabitkan diri dalam acara antarabangsa. Mereka pernah bekerjasama dengan pereka fesyen, Chen Peng pada tahun lepas dalam menghasilkan koleksi kapsul dan pada tahun 2014, mereka turut berkolaborasi dengan Van Gogh Immersive Art Exhibition. Di samping itu, LILANZ menyunting Chen Daoming sebagai duta jenama pada tahun 2002, diikuti oleh gandingan kerjasama dengan artis lain seperti Han Han dan pelakon Xu Kai. 

  • Bina hab kreatif pada tahun 2021

Dalam meneruskan komitmennya untuk menjadi jenama yang membentuk gaya hidup, mereka menubuhkan LILANZ Cultural and Creative Business Park pada tahun 2021. Yakni sebuah hab kreatif yang menyatupadukan figura-figura ternama dalam lapangan fashion dan seni. Membangunkan hab ini umpama satu simbol prestij dalam dunia pakaian lelaki China dan cerminan kepada perkembangan industri fesyen menswear. 

Topics: ,
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down