LANGGAN

BMW R 1300 GS Kini Lebih Intuitif Dengan Automated Shift Assistant

Motor dengan kelajuan yang lebih praktikal!
Published: September 28, 2026

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan varian terbaru BMW R 1300 GS yang hadir dengan teknologi Automated Shift Assistant (ASA). Membawa pengalaman menunggang motosikal adventure ke tahap yang lebih intuitif. Diperkenalkan ke pasaran tempatan pada Malaysia Autoshow 2024, BMW R 1300 GS terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen adventure touring dengan gabungan prestasi, kawalan dan keupayaan perjalanan jarak jauh.

Peralihan Gear Lebih Mudah

Tarikan utama varian terbaru ini ialah Automated Shift Assistant (ASA), evolusi terkini teknologi pertukaran gear BMW Motorrad yang mengautomasikan kawalan klac dan pertukaran gear. Hasilnya, proses menghidupkan motosikal, berhenti serta melakukan manuver pada kelajuan rendah menjadi lebih mudah, tanpa memerlukan operasi klac secara manual.

Namun, teknologi ini tidak bermakna pengalaman menunggang menjadi pasif. Penunggang masih boleh memilih antara pertukaran gear secara manual atau automatik sepenuhnya, bergantung pada gaya tunggangan dan keadaan jalan.

Dalam mod “M”, penunggang menentukan pertukaran gear menggunakan tuil kaki, sementara sistem ASA mengawal klac secara automatik. Mod “D” pula membolehkan sistem menentukan pertukaran gear berdasarkan kelajuan enjin dan beban untuk pengalaman yang lebih lancar dan selesa.

ASA direka untuk untuk perjalanan harian, mendaki laluan berbukit atau meneroka jalan yang kurang rata. Menjadikan BMW R 1300 GS lebih mudah dikendalikan tanpa menghilangkan kawalan yang menjadi sebahagian daripada karakter motosikal ini.

Siap Untuk Perjalanan Jauh

Selain ASA yang ditawarkan menerusi Dynamic Package, BMW R 1300 GS turut dilengkapi rangkaian ciri yang memberi penekanan terhadap keselesaan dan kepraktisan. Dynamic Package merangkumi Dynamic Suspension Adjustment (DSA), Gear Shift Assistant Pro, Riding Modes Pro dan Sports Brake.

Untuk perjalanan lebih jauh, Touring Package hadir dengan persediaan peranti GPS, Central Locking System, Hand Protector Extension serta pemegang kotak sisi kiri dan kanan. Comfort Package pula menampilkan Passenger Kit, cermin angin boleh laras secara elektrik dan main stand.

Motosikal ini turut dilengkapi Adaptive Height Adjustment, lampu utama Deluxe serta bateri ringan M sebagai kelengkapan standard. Gabungan ini menjadikan R 1300 GS bukan sekadar mesin untuk pengembaraan tetapi turut sesuai sebagai teman tunggangan untuk kegunaan harian.

Kuasa Boxer 1,300 cc

Di sebalik teknologi ini, nadi BMW R 1300 GS masih terletak pada enjin dua silinder boxer ikonik BMW Motorrad. Dengan kapasiti tepat 1,300 cc. Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 107 kW atau 145 hp pada 7,750 rpm bersama tork maksimum 149 Nm pada 6,500 rpm.

Angka tersebut menjadikannya enjin boxer BMW paling berkuasa yang pernah dihasilkan secara bersiri. Pada masa sama, susunan kompak dengan kotak gear yang ditempatkan di bawah enjin membantu menghasilkan berat keseluruhan sekitar 237 kg.

Gabungan kuasa, susun atur kompak dan teknologi pintar ini memperlihatkan bagaimana BMW R 1300 GS terus berevolusi tanpa meninggalkan DNA pengembaraan yang menjadi identitinya. Dengan Automated Shift Assistant, pengalaman menunggang kini hadir dalam bentuk yang lebih lancar, selesa dan mudah disesuaikan.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down