LANGGAN

BR-03 Space Mission Daripada Bell & Ross Untuk Pencinta Kosmos

Merapati jurang kita ke angkasa lepas.
Published: October 25, 2026
br-03 space mission

Sejujurnya, melimbang jauh ke kosmos tertinggi adalah sesuatu yang diimpikan. Perkelanaan yang menunjangi hasrat untuk satu eksplorasi – menerokai galaksi, bintang, lohong hitam atau barangkali planet yang berjarak jauh tahun cahaya adalah ketakmungkinan yang menjadi impian beragaman kita semua. Bell & Ross menghebahkan juang ini, melestarikan pengembaraan ke angkasa lepas sebagai citra adiciptanya. Lantas, memperkenalkan BR-03 Space Mission yang memapankan ilham kosmos!

Seandainya anda seoran yang taasub ilmu falak, atau seorang bibliofi yang gemar menelaah fiksyen sains, BR-03 Space Mission terangkum menjadi mesti milik. 

br-03 space mission

Jam tangan Bell & Ross, BR-03 Space Mission bukan hanya sekadarkan cuma menyemukakan kita pada waktu. Namun, ada jalinan cereka di sebaliknya. Lamunan eksplorasi ke angkasa lepas adalah caranya ‘melisankan’ waktu dan berkreatif dari aspek mengubah instrumen-instrumen ikoniknya kepada teras kosmos. 

BR-03 Space Mission, dari kosmos ke pergelangan tangan!

Mengekor BR-03 Astro yang mendatangkan jaya tahun lalu, BR-03 Space Mission diumpamakan sebagai bab seterusnya. Jam tangan edisi terhad ini hanya terbahagi kepada 999 unit dan mengusir kelaziman, dengan menampilkan Vortex (kenderaan eksplorasi angkasa lepas) – Véhicule Orbital Réutilisable de Transport et d'Exploration – sebagai kecirian utamanya. Dilengkapi panorama angkasa lepas yang bergerak, ia mengharmonikan hubungan kosmik bumi dengan bulan dan menjelaskan erti pengembaraan ini mengangkut pandangan jauh ke ruang angkasa. 

br-03 space mission

Vortex, yakni kenderaan yang dibangunkan oleh Dassault Aviation, diletakkan di tengah-tengah dial. Kecirian pada Vortex ini adalah simbol visi masa hadapan menggambarkan perjalanan ke angkasa lepas, yang menerbangi dari bumi dan mengitari platform orbit dan berupaya untuk mendarat di landasan umpama pesawat biasa. Dan bahagian dial inilah yang mempertemukan kesenian pembuatan jam tangan dengan imaginasi. 

Jarum jam diubah dengan animasi, manakala jam dipertunjukkan dengan cakera lut sinar berputar yang bercetak corak bumi dan bulan – bulan berfungsi sebagai penanda jam. Muncung kenderaan Vortex pula dijadikan penunjuk bahagian minit yang dianimasikan oleh olahan berpusing mengelilingi dial. 

Latar dial dihasilkan dengan menggunakan plat gelas aventurin yang kilauannya diumpamakan seperti tebaran bintang-bintang di angkasa. Kenderaan Vortex tersebut sengaja dirupakan bergerak memintasi planet biru pada bahagian hadapan dial.

Keunikan jam tangan BR-03 Space Mission adalah ‘easter egg’ yang terbuni dalam rekaannya. Jika mata cermat memerhati, pasti ternampak titik kecil berona merah yang mereplikakan planet Marikh yang barangkali mencerminkan penerokaan Vortex. Di samping itu, jam tangan sarung 41mm tercipta dengan menggunakan seramik hitam dan dilengkapi kristal batu nilam anti-reflektif. Ia dikuasakan oleh Calibre BR-CAL.325 dengan rizab kuasa 54 jam. Ianya kalis air sehingga sedalam 100 meter dan hadir dalam dua jenis tali jam tangan yakni getah serta material fabrik sintetik. 

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down