LANGGAN

Fenomena Reboot Dalam Dunia Hiburan Kini!

Apa yang anda patut tahu tentang reboot
Published: November 6, 2026

Apa filem atau siri televisyen kegemaran anda? Sukar untuk memilih satu sahaja, bukan? Bagi saya , ‘Harry Potter’ sememangnya antara filem terbaik walaupun sudah bertahun-tahun berlalu. Malah, ada kalanya saya merasakan teringin juga untuk menonton filem tersebut buat kali pertama sekali lagi! Bercakap tentang menonton semula, there’s always a reboot! 

Konsep reboot semakin menarik dalam dunia hiburan. Ada karya yang masih mengekalkan cerita asal manakala sesetengahnya memilih untuk meneroka sudut pandang yang baru. Persoalannya, mengapa industri perfileman begitu gemar menghidupkan semula cerita lama? Adakah ia sekadar permainan nostalgia atau sebenarnya ada sebab lain yang menjadikan pendekatan ini begitu relevan?

Apa Itu Reboot?

Secara ringkasnya, reboot merujuk kepada usaha menghidupkan semula sesebuah filem atau siri televisyen dengan pendekatan penceritaan yang baru. Berbeza daripada kesinambungan cerita asal, reboot biasanya tidak terikat dengan jalan cerita atau perkembangan watak daripada karya terdahulu. Sebaliknya, ia memberi ruang kepada pengarah dan penulis untuk membina semula dunia, watak serta konflik dengan perspektif yang lebih segar.

Adakah Reboot Masih Berbaloi Ditonton?

Sudah tentu! Lebih-lebih lagi jika anda merupakan peminat setia sesebuah francais. Menonton reboot memberikan pengalaman berbeza apabila kisah yang sudah dikenali dipersembahkan semula dengan sentuhan baru. Pendekatan ini turut membuka ruang kepada penonton untuk melihat watak kegemaran mereka daripada sudut yang berbeza.

Dalam masa yang sama, reboot juga menjadi jambatan antara generasi. Penonton lama dapat mengimbau kenangan terhadap karya asal, manakala generasi baru berpeluang mengenali cerita tersebut melalui pendekatan yang lebih dekat dengan kehidupan mereka. Faktor permintaan penonton, perkembangan budaya popular dan strategi pemasaran global turut memainkan peranan dalam menjadikan karya lama kembali mendapat perhatian.

Mengapa Industri Hiburan Gemar Menghidupkan Semula Cerita Lama?

Kebelakangan ini, semakin banyak filem dan siri televisyen popular diberikan nafas baru. Antara tarikan utamanya ialah unsur nostalgia. Penonton sememangnya mempunyai hubungan emosi dengan sesebuah karya, lebih-lebih lagi jika ia pernah menjadi sebahagian daripada zaman kanak-kanak atau remaja mereka. Apabila karya tersebut diumumkan untuk dihidupkan semula, rasa ingin tahu secara tidak langsung mendorong mereka untuk mengikuti perkembangannya.

Walau bagaimanapun, pendekatan ini bukan sentiasa mendapat sambutan positif. Ada penonton yang berpendapat bahawa karya asal sudah cukup sempurna dan tidak memerlukan sebarang perubahan. Namun, bukankah menarik untuk melihat bagaimana sebuah cerita yang pernah kita tonton berkembang mengikut peredaran zaman?

Antara Reboot yang Anda Perlu Tahu: 

  • Carrie (2026)
    Kisah seram ini kembali menerusi arahan Mike Flanagan. Pendekatan bersiri ini memberi lebih banyak ruang untuk ketahui tentang kehidupan Carrie White. Siri ini juga dikatakan mendapat pujian ramai dan ulasan yang positif.
Antara babak ikonik didalam siri ini
  • Glee (Dalam Pembikinan)
    Kumpulan New Directions bakal kembali! Siri muzikal popular ini sedang dalam perancangan untuk penceritaan baru. Ryan Murphy telah mengesahkan bahawa skripnya sudah siap, namun barisan pelakon dan jalan cerita masih belum diumumkan.
  • Siri HBO Original Harry Potter
    Harry Potter kembali! Kali ini di dalam penceritaan siri di HBO. Dengan barisan pelakon baru, kisah Harry, Ron dan Hermione diceritakan semula bermula dari Hogwarts.
  • Narnia: The Magician's Nephew
    Dunia fantasi Narnia kembali menerusi arahan Greta Gerwig. Diadaptasi daripada novel ‘The Magician's Nephew’, filem ini membawa penonton mengenali asal-usul dunia magis Narnia.
  • 13 Going on 30 (Dalam Pembikinan)
    Filem komedi romantik ini bakal muncul di Netflix. Dikatakan bahawa Emily Brader akan memegang watak Jenna Rink dan Logan Lerman pula sebagai Matt Flamhaff.
  • Gossip Girl
    Semua tahu bahawa 'Gossip Girl' (2007) merupakan antara siri televisyen yang cukup popular dan menjadi fenomena dalam kalangan penonton. Dengan pelbagai konflik, drama dan kehidupan mewah golongan elit Upper East Side, siri ini pernah kembali menerusi versi baru pada tahun 2021. Walaupun hanya bertahan selama dua musim, reboot ini tetap menarik untuk ditonton, terutama buat peminat yang ingin kembali menyelami dunia Gossip Girl dengan watak dan kisah yang berbeza.
Gossip Girl (2021)
  • James Bond (Filem Baru Dalam Pembikinan)
    Denis Villeneuve bakal mengarahkan filem James Bond terbaharu dengan Steven Knight sebagai penulis skrip. Pelakon yang bakal membawa watak 007 masih belum diumumkan, namun beberapa nama pelakon sudah mula disebut-sebut untuk menggalas watak ikonik tersebut.
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down