Nama Alex Yoong cukup sinonim dengan sejarah Formula 1 Malaysia. Namun, selepas menamatkan kerjaya profesionalnya sebagai pelumba, minatnya terhadap dunia perlumbaan tidak pernah henti. Menerusi Axle Sports, beliau memberi fokus kepada pembangunan bakat muda melalui perlumbaan simulator, latihan teori, praktikal serta pengalaman di litar.

Alex Yoong: Axle Sports adalah sebuah syarikat yang menggalakan lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan muda ke dalam dunia sukan permotoran. Itulah yang menjadi fokus utama. kami telah menganjurkan hampir 1,000 perlumbaan simulator, lengkap dengan kawalan perlumbaan dan siaran televisyen. Ia membuka laluan kepada ramai pelumba simulator untuk beralih kepada perlumbaan sebenar.

AY: Bagi saya, perlumbaan simulator ialah perubahan terbesar. Ia menjadikan sukan permotoran lebih mudah diakses. Landskap perlumbaan sebenarnya tidak banyak berubah dan kita tidak mempunyai litar baru dan kekurangan fasiliti. Tetapi sejak kami memperkenalkan perlumbaan simulator pada 2018, kami melihat lebih ramai orang memasuki dunia sukan permotoran. Kini, pasukan perlumbaan dan pengeluar juga mula memahami kepentingan perlumbaan simulator.

AY: Teknik yang dipelajari dalam simulator adalah hampir sama dengan teknik yang digunakan dalam kereta sebenar. Tetapi pelumba simulator perlu memahami bagaimana untuk bekerja dalam persekitaran sebenar, bekerja bersama pasukan dan mempunyai mechanical sympathy terhadap kereta. Terdapat banyak interaksi sosial yang perlu difahami. Perlumbaan juga sangat mahal, jadi mereka perlu tahu bagaimana untuk memasarkan diri sendiri dan mendapatkan penajaan.

AY: Di Malaysia dan Asia Tenggara, perlumbaan simulator sangat penting. Kita hanya mempunyai satu litar di Malaysia dan seseorang mungkin hanya boleh menggunakannya maksimum sekitar 35 hari setahun.
Di Eropah, pelumba boleh memandu di ratusan litar yang berbeza. Sebab itu saya sendiri tidak melihat pelumba tanpa latar belakang simulator. Jika dilakukan dengan betul, pelumba simulator boleh berlatih sehingga berjam-jam setahun.

AY: Saya menyukainya. Saya sangat bertuah kerana mempunyai kerjaya yang baik. Walaupun saya berhenti berlumba secara profesional pada 2018, saya tidak rasa seperti saya sudah berhenti. Saya masih berlumba, masih berada di litar dan masih melatih anak-anak muda.

AY: Saya mahu mereka memahami atau mencari sendiri. Ramai pelumba mahukan populariti, kekayaan atau sekadar kelihatan hebat dalam sut perlumbaan. Tetapi itu bukan sebab pelumba Formula 1 berada di sana. Mereka berada di sana kerana mahu menang dan menguji diri dengan yang terbaik di dunia.
Semua pelumba pasti inginkan kemenangan, tetapi ia adalah satu hasil daripada usaha. Mereka bekerja keras kerana mereka mencintai proses untuk menjadi lebih baik setiap hari.
