LANGGAN

Kembali ke Era 70-an Bersama Saturday Night – Celebrating Bee Gees

Dua malam penuh nostalgia bersama lagu-lagu ikonik bee gees di Zepp Kuala Lumpur
Published: June 19, 2025

Bagi penggemar muzik era disko dan peminat setia Bee Gees, ada sesuatu yang bakal membangkitkan semula memori indah zaman lalu. Pada hujung Julai ini, ‘Saturday Night – Celebrating Bee Gees’ akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur. Acara ini menjanjikan dua malam penuh hiburan yang dibaluti sentuhan nostalgia.

Era Disco Kembali Menyala

Konsert 'Saturday Night – Celebrating Bee Gees' ini akanj diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos 2025. Namun, ini bukan sekadar sebuah konsert biasa. Ia adalah satu penghormatan kepada legasi muzik adik-beradik Gibb. Mereka telah mencorakkan landskap muzik dunia dengan suara falsetto yang ikonik dan irama yang kekal relevan sepanjang zaman.

Lebih menarik, kumpulan berbakat dari UK ini, Saturday Night Bee Gees, akan menghidupkan semula semangat Bee Gees di atas pentas. Dikenali dengan persembahan yang hampir menyerupai gaya dan suara asal Bee Gees, kumpulan ini telah menjelajah ke pelbagai negara dan meraih pujian kerana keupayaan mereka menghidupkan kembali era keemasan disko.

Pilihan Lagu-Lagu Ikonik

Penonton boleh menjangkakan lagu-lagu popular seperti Stayin’ Alive, Night Fever, How Deep Is Your Love, Tragedy dan banyak lagi yang pasti akan mengajak anda untuk turut bernyanyi dan menari bersama.

Acara ini bukan sekadar hiburan – ia juga satu peluang untuk generasi baru menyelami muzik yang pernah menggegarkan dunia suatu ketika dahulu. Ia adalah malam untuk mengenang dan meraikan muzik yang begitu ikonik.

Tawaran Tiket Menarik

Maklumat mengenai tiket telah pun diumumkan, dengan pelbagai pilihan harga untuk memenuhi bajet dan keinginan pengunjung. Terdapat juga tawaran menarik untuk pemegang Kad Maybank dengan diskaun sehingga 25%.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down