Bentuk-bentuk geometri, rekaan yang distingtif dan pengaruh architectural bersifat Art Deco menata kata kunci Hamilton. Berkurun lamanya berpaut pada prinsip tersebut, lantas mengukir eksistensial Hamilton. Jam tangan yang berteraskan bentuk cushion-shaped daripada koleksi American Classic Cushion ini adalah simbol ketegapan jati dirinya dan lantaran itu, ia membuat kekembalian.

Hamilton memustahakkan gagasan darihal transisi atau perubahan dalam seni pembuatan jam tangan. Memandang Art Deco era 20-an yang berangkat daripada estetika jam tangan bukan hanya bertumpu kepada fungsi untuk mencatat masa sahaja, sementelahan berpanjangan manifestasinya agar menjadi satu ekspresi gaya. Dan segalanya ditafsirkan menerusi sifat-sifatnya.
Ia bertimbalan dengan citra simetri, disempurnakan oleh keterserlahan gayanya pabila tersarung elok pada tangan.
Apa yang terkandung dalam rangkaian himpunan Hamilton ini adalah kaliber H-42 baharu dengan mekanisme putaran manual dan berasaskan ETA 7001. Pergerakannya adalah daripada Peseux 7001, yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1970-an. Profil rekaannya nipis, mendukung gagasan Hamilton untuk memunculkan rekaan berdiameter 30mm dan 34mm, seraya mengekalkan ketulenan jam tangan mekanikal.

Kualiti rekaannya dipertingkatkan untuk diserasikan dengan cita rasa pengguna masa kini. H-42 menampilkan spring imbangan Nivachron™ dan rizab kuasa 57 jam, disatukan dengan pergerakan klasik hand-wound yang dilengkapi kebolehpercayaan serta prestasi jam tangan kontemporari.
Mengukur permintaan terhadap jam tangan vintaj dengan profil rekaan kecil, rangkaian koleksi American Classic Cushion menghidupkan citra era 20-an sehingga menyuburkan kenikmatan buat gerombolan pengumpul jam tangan. Hamilton menemukan kita kepada koleksi American Classic Cushion yang hadir dalam dua saiz: saiz 30mm dan saiz 34mm. ia disempurnakan oleh pelbagai kemasan dial dan sarung, seperti sarung berukiran, model keluli dan kemasan PVD berona kuning keemasan. Kemasan-kemasannya bertumpu kepada tekstur sandblasted ke stail enamel dan dial berona sinaran Mentari.
Mengintegrasikan perihal yang dikutip dari arkib bersama kejuruteraan moden, koleksi Hamilton ini mendorong sesuatu yang dilihat sebagai bentuk paling distingtif dalam sejarahnya dan ‘diangkut’ ke era baharu.