LANGGAN

Tekad Retrospektif Afgan

Album ‘Retrospektif’ istimewa buat Afgan bagi menghadiahkan semula lagu-lagu dalam genre pop Indonesia yang mencambah kematangan dan lebih berjiwa lokal.
Published: December 18, 2025
Penyelaras HAFIZAN MOHD / ARDI IDEWANI Arahan Seni MAHIRAH NADZLIM Dibantu Oleh NABIHAH NIZAM Arahan Digital SRI AZNI Fotografi EDMUND LEE Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN Dibantu Oleh ATHIRAH ZAHRA Dandanan dan Solekan BIMO

Rilisan single Afgan berjudul ‘Kacamata’ yang menjadi pembuka tirai album ‘Retrospektif’ dimainkan berulang kali sebelum temu bual ini berlangsung. Seperti untuk menyoroti bayangan tentang apa yang ingin disampaikan dalam album ketujuhnya tersebut.

Afgan tiba di set pagi itu dengan senyuman manis berlesung pipit ditemani kru besar yang diterbangkan khas bersama dari Indonesia. Kehadirannya untuk sesi temu bual eksklusif dan penggambaran bersama ELLE Men kali ini berlangsung di tengah-tengah kepadatan jadual promosi album ‘Retrospektif’ yang telah dilancarkan di semua platform penstriman digital pada 19 November. Dalam masa sama, penyanyi ini turut terbang ke Malaysia ketika itu khas bagi mempromosikan showcase ‘Retrospektif’ yang berlangsung pada 5 Disember di Zepp Kuala Lumpur.

Apabila ditanya tentang perasaan kepulangannya ke Malaysia lagi jawabnya ringkas sahaja, “Malaysia ini rumah kedua saya. Saya sangat senang dapat kembali dan bertemu teman-teman serta peminat di sini. Setiap kali datang, jarang terasa seperti berada di negara orang.” Tatkala diaju pula kesibukan yang memenuhi jadual Afgan belakangan ini jejaka berusia 36 tahun itu terus teruja bercerita mengenai progres album ‘Retrospektif’ yang sudah dikerjakan sejak awal tahun 2025 lagi bermula di Ubud Bali dan menyambung kerja-kerja pembikinannya di ibu kota Jakarta.

ELLE Men: Album ini berjudul ‘Retrospektif’. Apakah makna di sebalik tajuk itu?

Afgan: Revisiting the past. Melihat apa yang sudah terjadi di masa lalu dalam hidup kita dan mengambil segala apa yang berlaku untuk dijadikan suatu pelajaran yang berharga. Pelajaran itu sudah tentu untuk menjadikan kita orang yang lebih baik dalam fasa kehidupan. 

EM: Adakah album ini mencerminkan perjalanan karier serta diri Afgan hari ini?

A: Boleh juga disifatkan sebegitu kerana saya sudah 17 tahun berkarya. Cukup lama tempohnya dan ini masa untuk saya look back dengan semua apa yang sudah saya kerjakan dalam hidup dan kerjaya. 

EM: ‘Retrospektif’ menandakan kepulangan Afgan kepada akar muzik Pop Indonesia. Apa yang mendorong keputusan untuk kembali ke warna muzik asal selepas beberapa tahun bereksperimen dengan album berbahasa Inggeris?

A: Rasa rindu untuk berkreatif dengan bahasa ibunda sendiri selain perkara yang saya pernah baca bahawa ramai yang sebenarnya meminta saya untuk kembali dengan album berbahasa Indonesia. 

It’s about time kerana tujuh tahun satu tempoh yang cukup panjang dan saya sendiri sudah puas mengerjakan album berbahasa Inggeris serta dapat berkolaborasi dengan beberapa nama besar penyanyi dengan duet dan sebagainya. 

EM: Daripada keseluruhan tema, apa mesej utama yang ingin disampaikan?

A: Mesej utama sudah tentu keterbukaan saya untuk kembali kepada bahasa ibunda saya dan genre sendiri yang dikenali peminat iaitu Pop Indonesia. 

EM: Sesudah 17 tahun, bagaimana Afgan mendefinisikan kematangan karier?

A: Semuanya dengan proses yang dijalani dengan fasa yang dilalui dalam hidup. Kematangan itu terbentuk sendiri. Sebagai seorang penyanyi proses mencari inspirasi perlu datang dan dilakukan setiap hari. 

EM: Dalam dunia hiburan serba kreatif, di mana cabarannya menjadi seorang Afgan?

A: Mungkin sekarang yang paling challenging when the platform is always accessible for everybody, semua orang sudah boleh menghasilkan muzik itu sendiri dengan bantuan AI dan segalanya. People’s attention juga sangat divided serta attention span pendengar generasi kini lebih pendek. Jadi untuk mendapatkan attention pendengar itu sukar kerana segalanya sering berubah-ubah berbanding dahulu di awal karier saya menceburi bidang nyanyian. 

Jadi apa yang saya utamakan sudah tentu autentiknya menjadi seorang Afgan. Dengan cara itu orang akan feel the music. Seperti rilisnya lagu ‘Kacamata’ ini, saya tidak terlalu mengikut trend atau berlandaskan sesiapa, cukup hanya menjadi seorang Afgan dan penerimaannya sangat diterima ramai.

EM: Apakah bahagian paling mencabar dalam menghasilkan album ini?

A: Proses merakam lagu itu sendiri cukup emotionally draining kerana album ini berkisarkan perjalanan peribadi saya. Jadi bukan sahaja saya perlu revisit momen-momen lepas, tetapi saya juga perlu revisit segala emosi yang cukup berat pernah dilalui. Itu berkisarkan tentang rakaman namun proses penulisan pula sebaliknya, ia sangat menyeronokkan. Apatah lagi proses menghasilkan video dan segala visual yang diperlukan bagi menyiapkan album ini. 

EM: Headspace Afgan ketika mula bekerja untuk album ini?

A: Segala reflektif momen seperti apa yang saya ceritakan tadi. Untuk saya memandang sejenak ke belakang dengan apa yang saya telah lalui dalam kehidupan. 

EM: ‘Kacamata’ menjadi single pembuka album. Lagu yang secara simbolik cukup dekat dengan imej dan perjalanan Afgan. Mengapa lagu ini begitu peribadi?

A: Lagu ini menjadi pembuka untuk pendengar memahami keseluruhan isi album. Ia juga simbolik kepada diri saya sendiri kerana for a lot of years bermuzik orang mengenali saya dengan imej berkacamata. Namun selepas menjalani pembedahan lasik banyak pula komen daripada peminat mengenai kerinduan mereka melihat saya tampil semula berkaca mata.

Lirik dalam lagu ini juga menceritakan perkara yang sama. “Ku lepas kaca mata, apakah kau lebih suka?” - when you tried to change yourself to make others love you?. Tidak mudah bukan untuk orang lain menyukai kita walau kita berubah sedikit.

Namun begitu tidaklah bermaksud lagu ini yang paling peribadi dalam album ‘Retrospektif’, ada lagu dan lirik lain yang sebenarnya lebih peribadi. Cuma lagu ‘Kacamata’ cukup kuat menjadi gimik pembuka untuk orang ramai dengarkan. 

EM: Menerusi ‘Kacamata’ ada juga pesan agar kita tidak kehilangan diri sendiri ketika kecewa. Adakah bait ini lahir daripada pengalaman peribadi?

A: Tidak. Yang paling relatable buat saya sebenarnya potongan lirik “Berharap pada manusia, kecewa akhirnya”. Ini sesuatu yang saya sedari ketika saya mengerjakan ibadah Haji tempoh hari. Satu kesedaran bahawa sebenarnya pengharapan yang sebenar adalah kepada Tuhan bukan manusia. 

EM: Daripada segi muzik dan produksi, ‘Kacamata’ masih mengekalkan identiti Pop Afgan dengan elemen R&B moden dan bunyi lebih kontemporari. Ingin kongsikan?

A: Pop dengan sedikit elemen R&B itu sudah menjadi DNA muzik saya, mudah diterima peminat dan orang ramai. Untuk ‘Retrospektif’ pula sebenarnya ada sedikit kelainan kerana ia lebih kepada komposisi gitar dan band yang bermain sebagai latar muzik. 

EM: Lagu ini turut menonjolkan permainan gitar sebagai elemen utama. Sedikit berbeza dengan album terdahulu yang instrumentasinya lebih berteraskan piano dan susunan muzik orkestra. Adakah itu sebahagian daripada cara Afgan memperbaharui rentak bunyi?

A: Tidak sepenuhnya. Gitar itu diletakkan hanya sebagai elemen kreatif yang menjadikan muzik dalam album ‘Retrospektif’ itu lebih raw dan sedap didengarkan. 

EM: Muzik video ‘Kacamata’ membawa suasana nostalgia era 90-an dengan simbol permainan catur. Apa makna di sebalik konsep ini dan mengapa era 90-an dekat di hati Afgan?

A: Ya, lebih minimalis. Sejak awal semasa pembikinan lagu secara visual kreatifnya juga saya sudah membayangkan nostalgia 90-an. Tetapi saya tidak mahu visual 90-an yang telah menjadi kebiasaan tersebut di mana visualnya terlalu terang dan terlalu ramai orang berada dalam muzik video saya. 

EM: Afgan juga bekerjasama dengan nama besar seperti Iqbal Siregar, Petra Sihombing dan Kamga Mohammed. Apa yang menjadikan kolaborasi ini istimewa?

A: Yang istimewa itu sebenarnya ketika saya belum pernah bekerja bersama mereka dan hanya follow my gut di waktu tersebut. Di awal pembikinan album ‘Retrospektif’ juga, orang pertama yang singgah di fikiran saya merupakan Petra. Kami sudah mengenali masing-masing cukup lama namun belum pernah langsung bekerja sekali bagi mana-mana projek. 

Semasa cuba mengeksplorasi bekerja dengan Petra dan mereka semua, ia boleh disifatkan seperti pure magic dan amat mudah click dengan setiap mereka. Kalau diberi pilihan pada masa akan datang juga saya mahu bekerja dengan mereka lagi nanti. 

EM: Bagaimana proses kreatif antara kalian terjalin daripada proses kolaborasi idea hingga pembikinan album ini siap sepenuhnya?

A: Pada awalnya saya sendiri yang terbang ke Ubud Bali kerana mereka tinggal di sana. Separuh daripada album ini juga dituliskan ketika saya berada di Ubud. Kami banyak kali duduk bersama bermula dengan berbual apa-apa sahaja topik yang random dan ketawa sebelum masuk ke dalam studio rakaman.

Antara topik yang berkali-kali menjadi persoalan sudah tentu apakah lagu yang cuma hanya Afgan yang boleh menyanyikannya supaya lagu itu menjadi eksklusif. Secara peribadinya saya ini seorang yang introvert dan jarang bercerita namun mereka semua tahu caranya untuk mengeluarkan isi cerita peribadi saya tetapi tidak juga menjadi momen yang oversharing

EM: Proses kreatif seorang Afgan itu pula bagaimana sebenarnya? 

A: Proses kreatif saya dengan mendengar muzik orang lain. Ketika di dalam kereta juga saya jarang akan melihat sosial media, mendengar muzik orang lain akan memberi inspirasi dan idea. Selain itu setiap kali membeli vinyl, gambar luar pada vinyl dan booklet di dalamnya akan memberi inspirasi. 

Saya ada mendapat persoalan ini ketika duduk bersama Petra. Kami berdua bersetuju bahawa ketika bermuzik dan mahu menulis lirik semuanya harus dirasai, you cannot force it but you have to feel it. 

EM: Siapa pula artis yang Afgan masih berharap dapat berkolaborasi satu hari nanti?

A: Sudah tentu ramai nama yang berada dalam senarai fikiran saya. Salah satu my dream collaboration antaranya Anderson Paak. Saya sangat suka muzik beliau. Kalau dari Malaysia juga ramai, antaranya seperti Yuna. Saya juga suka muzik dari Japan seperti Fuji Kaze. Kalau bercakap tentang artis dari Indonesia sendiri saya ingin bekerja atau mungkin dapat terus berduet dengan Tulus. Muziknya seakan sealiran dengan genre saya. 

EM: Selepas 17 tahun dalam industri, apa lagi yang Afgan impikan dalam karier.
A:
17 tahun, so many blessings. Saya kini mahukan everything place on intentions. Seperti album ini juga my intention adalah untuk heal myself from a lot of emotions and a lot of things that have happened in my life before.

Antara perkara lain yang saya mahukan sudah tentu untuk lebih berkarya. Kini saya sedang berada di fasa menghasilkan lebih ramai artis di bawah naungan saya dan bekerja untuk membina label muzik sendiri. Saya ingin memastikan artis baharu mempunyai platform yang betul dalam mencipta nama. 

EM: Apabila ada masa rehat di antara jadual yang padat, bagaimana Afgan merehatkan diri atau mencari semula inspirasi?
A:
Mendengar muzik orang lain, tidak melihat skrin dan menghargai masa menyendiri. 

EM: Kejutan untuk showcase nanti?
A:
Kejutan untuk showcase itu tiada. Cuma kalau ingin tahu Malaysia merupakan lokasi pertama saya menyanyikan lagu-lagu daripada album ‘Retrospektif’. Di negara saya sendiri Indonesia juga sudah pasti belum pernah. Jadi, hadirin yang datang ke showcase saya adalah mereka-mereka yang akan mendengar keseluruhan album secara eksklusif buat kali pertama.

Kalau berkata dari sudut pandang muzik juga berbeza. Di showcase nanti saya akan bersama-sama band saya dalam menonjolkan bunyi gitar yang menjadi kekuatan bunyi album ini. Seakan saya sedang jamming di ruang tamu rumah, lebih conversational dan sudah pasti intimate

Menutup temu bual Afgan sempat berkongsi penglibatannya dalam sebuah filem Indonesia sebagai pelakon. Walaupun tidak tampil sebagai watak utama tetapi peluang berada di set penggambaran selama lima hari membuka mata kepada ilmu serta pengalaman berharga baharu dunia lakonan yang memberi keterujaan setelah selama ini sibuk menyanyi. Namun begitu bagi Afgan, kerjaya nyanyian tetap mahu diteruskan dan penglibatan itu cukup sebagai sampingan sahaja di masa hadapan. 

Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down