LANGGAN

Eccezionale Milano! Boggi Milano Musim Luruh/Dingin Bangga Dengan Identiti

Kesempurnaan stail Milan jadi teras Boggi Milano.
Published: October 27, 2025
boggi

Lambang nasionalisme, hubungan autentik dan sikap jiwa Milan… seia sekata, lebih sekadarkan kisah sesuatu. Ia adalah gandaan ilham yang membentukkan keluarbiasaan himpunan Boggi Milano Musim Luruh/Dingin 2025. 

Meneguk secangkir kopi di kafe pinggiran jalan, seraya gerak isyarat “Perfetto!” mengukir inti makna kepuasan. Atribut ini umpama mendenyutkan nadi kota Milan, diiringi bisikan sejarah, membudayakan fesyen dan kemegahan seni bina ikonik. Kepadatan gambaran ini menancap ilham buat Boggi Milano untuk meraikan musim luruh/dingin 2025. 

Hubungan sejati dengan landskap urban dan menjulang tinggi sukma Milan terangkum dalam horizon Boggi Milano.

boggi

Boggi Milano musim ini menjambatani keselesaan urban dengan gaya sofistikated, mensintesiskan tailoringdengan inovasi teknologi dan tersimpul sekali signifikan tema komuniti. Boggi Milano merangka rona-rona daripada hitam kepada taupe, serta merah kundang kepada perang gelap, lantas pada waktu yang sama mengetengahkan evolusi ciptaan rangkaian B-Tech yang membahasakan rentak gaya kasual dan versatile. Ia bersemi kepada satu haluan baharu, menterjemahkan helaian pakaian-pakaiannya untuk pendayagunaan harian. 

Elemen utamanya? Material inovatif, butiran sartorial berserta estetika ringkas yang mencocokkan diri dengan seting urban. Contohnya, kesebatian antara faktor keselesaan, prestasi dan penampilan moden dalam rangkaian Wool Tech menjadi tumpuan utama Boggi Milano. Begitu pun dengan rangkaian ikonik Madison Blazer yang diimaginasikan semula aspeknya – perpaduan kepraktisan teknologi dengan kelembutan fabrik wool. 

Konsentrasi kepada kefungsian dan melanjutkan inovasi, namun tanpa menyisi jauh DNA sebenar ini adalah komitmen Boggi Milano. Untuk membawa aliran elegan yang distingtif serta mempertingkatkan aspek-aspek rekaannya dalam membentuk stail lelaki-lelaki dalam ruang waktu kekinian. 

'Highlight' Boggi Milano Musim Luruh/Dingin 2025

boggi

Antara item yang menonjol musim ini termasuklah ‘jaket-baju’ Nexus yang berzip penuh, baju panas yang direka dengan gabungan material kapas waffle dan wool inserts serta closure teknikal. 

Sniker Storm bertapak Phylon turut menjadi tumpuan. Himpunan pakaian dan aksesori ini mencerminkan identiti B-Tech Boggi Milano dalam gaya yang dikemas kini, khusus untuk lelaki-lelaki yang dinamik dan seiring dengan kod gaya kontemporari.

‘Bintang utama’ musim dingin ini? Wool Tech, yang menggambarkan evolusi gaya sebenar Boggi Milano. Wools halus digabungkan dengan fabrik teknikal bagi mengukuhkan aspek keselesaan, prestasi dan daya tarikan moden.

Rangkaian Wool Tech merangkumi rekaan yang tidak mengkomplekskan penataan gaya, lantas membenarkan citra gaya yang mencadangkan prestasi tinggi tanpa perlu menyisi estetika. 

Di samping itu, knitwear, outerwear dan butiran yang sarat aspek sartorial yang mendorong kepada imej elegan juga menjadi fokus musim ini. Bersebati pula dengan kefungsian yang diperjuangkan oleh Boggi Milano. Dan pabila menjangkah masuk ke bulan paling sejuk tahun ini, Boggi Milano malah menampilkan himpunan Après-ski yang direka khas untuk sukan ski di atas pergunungan. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down