LANGGAN

Hudson Williams Adalah Ikon Stail ‘Hearththrob’ Masa Kini

Pay attention to Hudson Williams, everybody!
Published: January 21, 2026

Setelah puas menonton siri ‘Heated Rivalry’, pasti payah untuk ‘memangkas’ visual watak Shane Hollander daripada ingatan. Watak Shane ini membuatkan kita mahu mendekati pelakonnya, Hudson Williams, yang makin hari, makin mendapat perhatian segenap dunia. 

Hudson williams

Fenomena ‘Heated Rivalry’ menghantui benak fikiran peminat-peminatnya. Malah, menggoncang landskap hiburan masa kini. Tidak hairan mengapa ada kelab malam mengutip idea ‘Heated Rivalry night tix’, memainkan babak siri itu pada skrin besar sebagai latar DJ kala memutarkan lagu-lagu. The crowd went crazy (adakah ini trend baharu clubbing?

Melanjutkan bicara tentang Hudson, barangkali kecenderungan khalayak jatuh cinta dengannya, kerana dia menyatukan realisitik perwatakan dengan fantasi cereka. Lantas beroleh kemenangan dalam melumpukkan gerombolan peminatnya sendiri. Dan bila memadu pendapat dengan segelintir peminatnya, ia menyorot kepada satu perspektif yang berbicara tentang wajahnya (serta… tubuhnya). 

Menyemak bentuk wajah Hudson – berahang angular, bibirnya yang memimik bentuk cupid’s bow, kening matanya tebal, deep-set eyes dan hidung yang proportionate. 

Hudson williams

Hudson diundang ke acara-acara berprestij dan baru-baru ini, dia menjadi tumpuan utama di minggu fesyen Milan. Kemunculan Hudson di pertunjukan Giorgio Armani, menyempurnakan diri dalam satu gaya yang merupa lelaki Wall Street bikin ketaasuban baharu di internet. Dia berjalan pula di atas pentas DSQUARED2 dan mendorong kepada virality dalam dunia fesyen. 

Gaya-gaya Hudson Williams Pilihan ELLE Men

Menghayati perjalanan stail Hudson, terutamanya gaya jalanannya, ia menirus kepada estetika atletik yang mengaitkan pengertian kita tentang pengaruh imej kesukanan dalam ‘Heated Rivalry’. Imejnya terkadang memperlihatkan gaya Starboy, apalagi pemilihan helaian-helaiannya berona asas dan tidak keterlaluan. Palet ronanya kekal minimal, tanpa ada logo berlebihan. Lazimnya, Hudson menyerlahkan citra relaks, bersahaja – seperti kemeja T neutral, hoodie, soft knits atau seluar chinos. 

Ada yang beranggapan asas gaya Hudson berpegang pada aspek intentional. Contohnya, sewaktu Hudson Williams menghadiri Golden Globe Awards awal tahun ini, dia berani tampil menukar keformalan gayanya. Hudson melengkapkan diri dalam selengkap pakaian rekaan Giorgio Armani yang ditata oleh Anastasia Walker. Paduan helaian-helaiannya hanyalah kot malam berona putih bersama kemeja sutera putih, dengan cummerbund dan seluar hitam labuh yang seakan-akan berbentuk balloon. Namun, Hudson membiarkan keseluruhan gaya tersebut nampak relaks, unbuttoned dan seolah-olah bersifat acuh tak acuh. 

Hudson williams
Hudson williams
Hudson williams
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down