Bertempat di latar tenang Villa Colucci di Apulia, Selatan Itali, Tod’s mempersembahkan kempen terbaharu yang mencerminkan kehangatan dan keaslian gaya hidup Itali. Kempen musim luruh/dingin 2025/26 ini merupakan bab terbaharu dalam siri berterusan Italian Stories jenama ini . Ia sebagai penghormatan kepada seni kehidupan Itali, di mana keanggunan, spontan dan kegembiraan saat-saat dikongsi bersama bersatu dalam satu naratif.
Menerusi rangkaian visual, dari detik santai di tepi kolam, ke ruang dalaman penuh warna, hingga jamuan mesra di taman. Kempen ini membangkitkan aura elegan tanpa usaha dan sofistikasi yang santai. Dirakam oleh jurugambar dan pengarah Amerika terkemuka Theo Wenner, dengan arahan kreatif oleh Kevin Tekinel dan Charles Levai, kempen ini dilakar melalui babak-babak penuh hubungan serta kemesraan.
Di bawah visi Pengarah Kreatif Matteo Tamburini, Tod’s terus memperbaharui warisan dengan sentuhan moden yang halus. Ia menampilkan koleksi berakar pada mutu pertukangan tinggi serta gaya abadi. Kempen ini menonjolkan rekaan ikonik Tod’s bersama sentuhan baharu:
Menerusi kempen ini, jenama ini mengekspresikan inti pati gaya Itali: mesra, penuh kegembiraan, dan halus. Setiap visual berfungsi sebagai diari indah kehidupan seharian, dipenuhi dengan nilai jenama: kualiti, seni pertukangan, serta kesenangan hidup yang tulen.