LANGGAN

Upgraded! Kempen ‘Tukar Ganti’ Samsonite Muncul Kembali

Samsonite Malaysia memenangkan 'sustainability' dan memelihara alam!
Published: May 22, 2026

Acara tahunan Luggage Trade-In Campaign daripada Samsonite membuat kemunculan semula, khusus buat perantau-perantau yang mengemahui upgrade!

samsonite

Setelah puas lapang bergerak, bertemasya jauh ke sana-sini. Berlayar merantau ke mancanegara. Beg bagasi yang diseret, dibimbit bersama pasti membekas. Bekas yang menyedarkan kita pada suatu destinasi kembara yang menggugah kenangan. Seandainya anda seorang yang mudah terusik dengan sentimental value – melihat beg bagasi sarat dengan kesan calar atau kotoran sebagai ‘simbol’ perjalanan dan menabur bakti buat pengembaraan itu, terserahlah kepada anda jika masih mahu menyimpannya.

Seandainya anda seorang yang menanam hasrat untuk memiliki beg bagasi baharu, menggantikan yang lama kerana mahu menukar ‘mode’ pengembaraan… Samsonite memiliki jawapan tersebut. 

Menginisiasi kempen Luggage Trade-In yang saban tahun diadakan mengajak kita untuk memperbaharui beg bagasi dengan berbekalkan keprihatinan, seraya memperkukuh komitmen jangka panjang jenama ini terhadap aspek sustainability dan reka bentuk inovatif. 

samsonite
Rangkaian himpunan beg bagasi Myton

Kempen ini berlangsung sepanjang bulan ini sehingga penghujung bulan Jun. Pelanggan-pelanggan boleh tukar beli beg bagasi mereka – tak kira apa jenamanya, saiz atau kondisi – di butik-butik Samsonite seluruh negara. Atau boleh juga membelinya secara atas talian dan tinggalkan beg bagasi pre-loved di mana-mana butik berdekatan. 

Tukar beli ini malah membenarkan pelanggan-pelanggan untuk menikmati potongan harga sebanyak 30 peratus untuk rangkaian koleksi Hi-Fi dan 40 peratus untuk rangkaian koleksi Myton. 

Usaha kelestarian daripada Samsonite ini tidak terhambat di situ sahaja. Penjimatan poket anda ini turut melanjutkan satu usaha murni yakni menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar WWF Malaysia. Samsonite mendermakan RM 10 kepada WWF Malaysia, menerusi setiap pembelian tukar beli beg bagasi. Bak kata pepatah, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Langkah yang anda ambil ini lebih sekadarkan mempertingkatkan taraf gaya pengembaraan dan ia bersemi menjadi satu sumbangan terhebat dalam melindungi ekosistem serta alam semula jadi. 

samsonite
Rangkaian himpunan beg bagasi Hi-Fi
Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down