LANGGAN

Komuniti Terbentuk Menerusi Kolaborasi Levi’s dan Sky High Farm Goods

Revolusi dunia makanan bertemu dengan warisan denim.
Published: July 22, 2026

Sky High Farm Goods dikenali lewat iltizamnya untuk membangkitkan system makanan yang saksaman dan penjanaan semula pertanian. Cakupan kesedaran Sky High Farm Goods yang berteraskan komuniti menyemengati Levi’s untuk merenda kolaborasi yang melangkahi jangkaan. 

sky high farm goods

Levi's dan Sky High Farm Goods bermatlamat!

Jenama yang menelusuri landasan warisan denim bertemu dengan satu lagi jenama atau organisasi yang bersandarkan kesepakatan untuk merevolusikan dunia pemakanan – berkongsi nilai yang sama, lantas menghidupkan gabung padan tenaga ini. Menampilkan rangkaian berilhamkan workwear yang direka untuk dipakai, digunakan sepenuhnya serta menjadi sebahagian daripada potongan hidup harian.

Sky High Farm Goods atau SHFG diasaskan  oleh artis Dan Colen dan Daphne Seybold pada empat tahun yang lalu. Ia ditubuhkan sebagai dukungan kepada pertubuhan bukan untung, Sky High Farm, yakni sebuah organisasi yang memperjuangkan aspek keadilan dalam hal makanan serta ladang di Hudson Valley, New York. Mereka mengamalkan metode penjanaan semula pertanian yang menghasilkan makanan yang berkecukupan dengan nutrien, memulihkan kesuburan tanah, memperkayakan biodiversiti dan memperkembangkan akses makanan segar buat komuniti yang memerlukan.  

sky high farm goods

Kehadiran Levi’s sebagai rakan kolaborasi menemukan kita kepada keserasian hala tuju mereka dengan SHFG. Kepraktisan misi SHFG setujuan dengan rangkaian pakaian yang terhasil yakni membentuk kesedaran dan mendapatkan hasil untuk kerja-kerja yang tidak berlandaskan keuntungan. Cerminan falsafah atau aspirasi tersebut saling bertimbangan, apalagi jenama Levi’s yang lahir daripada tuntutan buruh dan dibentuk oleh generasi pekerja yang menjadikan ia milik mereka. 

Rekaan-rekaannya menggunakan kapas organik dan peralihan (peralihan yang termaksud adalah kapas yang ditanam di ladang, yang melalui proses peralihan daripada pertanian konvensional kepada praktis penjanaan semula atau organik yang diperakui). Memfokuskan kepada lapan rekaan utama yang menampilkan siluet baharu, mensintesiskan signature Levi’s dengan elemen pakaian kerja SHFG – antaranya adalah  Levi’s L-Tab versi customized yang dilengkapi elemen SHFG Cloud S, menyiratkan rujukan kepada denim ikonik Levi’s ‘Big E’. 

Di samping itu, himpunan kolaborasi ini malah menggarap tiga teknik washes berbeza, butiran jahitan ganda tiga, butang logam khas, tampalan-tampalan jacron berserta perincian-perincian sulaman bulan strawberi SHFG. Helaian-helaian utama denim turut menjadi tumpuan seperti selua jean berkonsepkan jean petani, jaket trucker, chore coat petani, vest pekerja dan overall. 

sky high farm goods
sky high farm goods
sky high farm goods
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down