Ruang kebebasan dalam dunia denim mendekatkan kita kepada sifat universal dan keindahan seni denim. Pakaian denim mengubah persepsi. Reformasi denim? Barangkali. Levi’s membawakan gelombang baharu – menampilkan rangkaian himpunan terbaru Blue Tab™ yang mengekspresikan sifat sofistikasi denim.

Menjamah sudut sejarah Levi’s yang terdahulu sudah lama menghuni dalam dunia denim biru ; terutamanya dalam mendemokrasikan denim biru dan tidak pernah menunda penghargaannya terhadap nilai kraf sesuatu denim ; lantas menjadikan ia bukan satu jenama yang terasing dalam menghidupkan ‘elevated denim’.
Ledakan himpunan Blue Tab™ adalah rangkaian premium Levi’s yang merapatkan jurang kita, menirus terus ke alam denim Jepun yang sinonim dengan aspek kehalusan kontruksi dan pada waktu yang sama, mengagungkan tradisi. Ia malah menerangi pandangan kita terhadap siluet utilitarian yang diubah menjadi sculptural forms. Asemblaj kecirian ini adalah gambaran tepat himpunan Blue Tab™ musim ini.
Each piece is crafted from premium Japanese denim. Menyoroti pemahaman kita melalui kedahsyatan ketukangan kraf Levi’s yang bertemu dengan suatu visi tertinggi. Butiran yang sangat terperinci dan bentuk sculptural yang menukar citra klasik kepada sesuatu yang nampak ultra-baharu, sekali gus melakar imej transformasi untuk denim Jepun.

Untuk himpunan lelaki, Blue Tab™ membariskan helaian-helaian sofistikated yang mengolah gabungan pakaian kerja tradisional dengan sentuhan kontemporari. Contohnya, Naval Sack Coat mengutip ilham seragam pelaut dari era 40-an dan ditambah lining kuilt dan butang donut.
Type I Jacket pula menampilkan tafsiran moden dengan lengan tailored dan potongan singkat. Kedua, adalah rangkaian seluar. Seluar Naval Flare memimik gaya klasik seluar kelasi yang diimaginasikan semula dalam garapan denim premium dan Marker Loose mengekalkan siluet longgar yang terlihat sofistikated pada pandangan.
Himpunan pakaian wanita pula menegaskan tailoring denim serta kraf yang berteraskan feminine. Mariner Peacoat adalah inovasi daripada peacoat klasik yang berpotongan singkat dan disempurnakan oleh satin lining yang boleh tanggal.
Mariner Jeans memberi penghormatan buat naval flares dari era 30-an yang hadir dalam rekaan yang sangat halus buatannya dan butiran menakjubkan. Mariner Skirt mempamerkan pendekatan gaya sculptural dengan panel melengkung pada bahagian hadapan serta siluet dramatic pada bahagian belakang.
