LANGGAN

Menginjak Usia, Peraturan Dress Up Seperti Nigel Dalam ‘The Devil Wears Prada’?

Peraturan Nigel Kipling yang boleh dijadikan rujukan.
Published: April 28, 2026
the devil wears prada

Gird your loins! ‘The Devil Wears Prada 2’ kembali tahun ini! 20 tahun lamanya cereka fesyen ini dihasilkan, melontarkan ketindihan rasa seronok menonton fantasi keindahan dunia fesyen dan marah pada ketelusan dunia fesyen yang sarat dengan watak kapista. The millennial in us pasti teruja, kerana tidak sabar-sabar untuk menonton sekuel yang mengembalikan semula ‘the core four’ Andy Sachs, Miranda Priestley dan Emily Charlton. 

Mendewasa dengan cereka ‘The Devil Wears Prada’, kita dihidangkan dengan karakter satu-satunya lelaki dalam dunia fesyen: Nigel Kipling (lakonan Stanley Tucci) yang sejujurnya mencerminkan arketaip lelaki berjawatan Pengarah Fesyen – sharp-tongued, sarkastik dengan vocal fry-nya dan seorang pencinta setia majalah ‘Runway’ sedari kecil lagi. Segala apa atribut yang ada pada Nigel mendorong kita (terutamanya yang berimpian untuk bekerja dalam dunia permajalahan) untuk menjadi sepertinya. 

Wataknya tidak memerlukan makeover. Nigel merodong kesibukan pejabat majalah Runway dengan imejnya yang seakan-akan dialah yang menguasai ruang tersebut. Persoalannya – seandainya anda bekerja dalam dunia fesyen, apakah anda mahu berpakaian seperti Nigel Kipling?

the devil wears prada

Imejnya paling ideal mencerminkan seseorang yang bekerja dalam industri majalah. Nigel sentiasa nampak kemas dan dapper dalam penampilan bersut serta bertali leher. Dan sentiasa buttoned up. Intentional, kerana wataknya mahu terbawakan seorang yang professional dan ada kehalusan dari aspek elegan. Serta memiliki kredibiliti dalam industri fesyen. Penampilannya ditafsirkan sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi namun tidak mendahagakan perhatian dan seorang yang menghargai nilai kraf.

Penata Gaya ‘The Devil Wears Prada’, Patricia Field menerbitkan arketaip ‘tasteful gay man’ pada watak Nigel dan tidak menampakkan dia seorang clout chaser. Tidak berteraskan logomania, tidak mengekori mana-mana trend semasa. Cukuplah dengan aspek tailored suits, pakaian rajutan, bertali leher dan seumpamanya. Semua yang tersarung fits nicely. And he looks like the kind of guy that will tell Armani, “The lapel is too wide.”

the devil wears prada

Jadi, bila sudah menginjak usia nanti, apakah kita mahu dress-up seperti Nigel? Benar, gayanya terasa seperti agak ‘tua’ atau ‘matang’, barangkali menjaring jangkaan orang tentang usia kita. Pilihan ini mungkin bijak, seandainya pendekatan gayanya diteliti dengan penuh pertimbangan. Clean tailoring, rona-rona neutral dan susun atur gaya yang punya purpose

Boleh ‘tiru’ gaya Nigel pada era masa kini?

Memfokuskan kepada helaian yang terletak elok pada fizikal diri, kombinasi rona yang ada keserasian. Siapa yang tidak mahu menampakkan diri sebegini, kan? Pejabat fesyen masa kini berbelah bahagi. Generasi masa sekarang datang bekerja dalam imej yang anti-etsablishment, tiada peraturan, menggayakan pakaian thrift dan mungkin terpengaruh dengan elemen Y2K. Dalam ‘iklim’ sekarang, Nigel mungkin dianggap berimej seperti seseorang yang bersedia untuk hadir ke mesyuarat lembaga pengarah. 

Dan mungkin di Kuala Lumpur, gagasan untuk memakai sut itu boleh ‘membunuh diri’ kerana cuaca kita tidak mengizinkan.

Berbalik kepada persoalan di atas tadi, jawapannya tidak jika power move anda adalah untuk melanggar norma. 

Sejujurnya, gaya Nigel untuk ‘iklim’ sekarang dilabel sebagai establishment. Jika anda masih berusia pertengahan 20-an, sedang membangunkan jenama independent, membentangkan idea kepada pihak bank untuk dana SME dan memunculkan diri seperti Pengarang Fesyen majalah… ia adalah pilihan yang selamat untuk anda. Memenangkan aspek melanggar norma dengan menyanggah peraturan, kalau anda memiliki keberanian itu. 

Keputusan ELLE Men – curi peraturan Nigel, bukan wardrobe-nya. Peletakan elok pada tubuh perlu diberi perhatian. Pakaian yang ill-fitting mencerminkan anda “tidak tahu lagi apa-apa tentang fesyen.” Mungkin, tailor your UNIQLO, ubah suai pakaian H&M anda. Di samping itu, jadikan penggayaan anda sebagai seragam. Jika ulang-ulang helaian yang sama namun bijak dari segi mengubah padanannya bermakna anda ada pendirian. Satu lagi peraturan Nigel adalah berpakaian seperti anda bersedia setiap masa. Seharian kelihatan bersedia kerana anda tidak tahu bila agaknya mesyuarat pembentangan idea, atau run-through dengan Miranda atau diskusi yang mengejut. 

Aksesori juga menjadi peraturan Nigel kerana aksesori adalah elemen yang boleh memulakan perbualan. Nigel mungkin menggayakan tali leher atau pocket square, anda pula mungkin menggayakan jam tangan vintaj Seiko atau beg tote kanvas yang sarat motif. Aksesori-aksesori inilah yang menegaskan penampilan anda. 

Peraturan yang terakhir adalah, berpakaian seperti seorang yang jujur bekerja. Bukan masu disukai semata-mata. 

the devil wears prada
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down