
Tommy Hilfiger mengundang duta jenama serta bintang Thailand, Phuwin Tangsakyuen untuk bertemu peminat dalam acara istimewa di pop-up Tommy Hilfiger Summer Getaway di Suria KLCC. Berlangsung dari 28 April hingga 10 Mei 2026, pop-up itu menampilkan visi ceria untuk wardrobe prep moden dengan mengetengahkan polo ikonik 1985 dalam rona berani serta potongan sofistikated.
Menandakan kunjungan pertamanya ke Malaysia, Phuwin Tang yang merupakan pelakon dan penyanyi popular itu membuat kemunculan yang dinanti-nantikan. Dia disambut penuh keterujaan ketika menjelajah ruang pop-up dan berinteraksi bersama peminat dalam sesi meet-and-greet eksklusif. Acara dimulakan dengan hos Natalie Chai yang mengalu-alukan kehadiran tetamu, sekali gus mencipta suasana meriah dan penuh sambutan.

Turut hadir ialah barisan VIP daripada keluarga Tommy yang terdiri daripada selebriti, pempengaruh dan tastemaker tempatan. Antaranya Jack Gohr, Alvin Tiew, Iyzdham Ang, Alton Yue, Zarif Ghazzi, Fazziq Muqris, Leslie Png, Jansen dan Justin Weiqing. Kesemua mereka menggayakan polo ikonik TOMMY HILFIGER mengikut interpretasi gaya peribadi masing-masing.
Diinspirasikan daripada warisan nautika jenama itu, ruang pop-up berkenaan mencerminkan rasa santai dan optimistik musim ini. Rekaan ruang yang menampilkan garisan bersih, kawasan terbuka dan elemen pelayaran digabungkan dalam palet merah, putih dan biru signature jenama, sekali gus menangkap semangat kehidupan pesisir dengan perspektif moden.
Sepanjang pop-up berlangsung, pengunjung boleh menikmati pelbagai pengalaman interaktif. Termasuk instalasi visual imersif, aksesori charms peribadi berinspirasikan percutian musim panas serta pengalaman photobooth khas.