MTV VMAs 2026 memperlihatkan babaran rona hitam di kalangan selebriti-selebriti lelaki. Apakah ronanya yang adatnya ‘selamat’, lantas kekal menjadi pilihan?
Rona hitam mendominasi MTV VMAs. Ia memesani kita yang kredibiliti hitam masih takkan luput dan kali ini, evolusi hitam diumpamakan seperti kanvas untuk mencerminkan individuality. Menterjemahkan attitude dan eksperimentasi gaya. Apa yang dimangkinkan adalah ia bukan sekadarkan cuma ‘memakai hitam’, namun bagaimana hitam tersebut diolahkan.
Transisi paradigma rona hitam di VMAs 2026, memperhebat tarafnya daripada penggayaaan sut serba hitam sebadan, ke jaket kulit, ke kot bulu sehinggalah mantel labuh dramatik. Permaidani merah VMAs mempamerkan interpretasi yang beransur-ansur pada rona paling gelap dalam spektrum fesyen. Eksplorasi hitam menjentik pandangan kita kepada penggayaan acuh tak acuh bak rock-star cool, atau citra teatrikal pada rekaan outerwear yang menyapu lantai serta yang ringkas pada visual seperti hanya sepasang jaket dengan pakaian dalam berona putih.
Maximalist pun hadir menafaskan ligat fearless lelaki. Contohnya, apa yang terlihat pada Sombr – kot bulu-bulu hitam putih, memimik gaya glam rock dengan aksesori statement – yang merupakan titik peralihan hitam kepada gagasan rebellious. Terbit tanggapan hitam atau monokromatik tak selalunya berteraskan minimalism. Namun, asosiasi idea minimalism dengan rona hitam tetap diangkat somehow. Takkan dapat lari daripada cakupan tersebut. Seperti yang digayakan oleh Yung Lean. Ringkas, clean dan tiada perincian-perincian berlebihan.
Dalam spektrum yang lain pula, ada yang memilih untuk mengunikkan rona hitam. Tailoring hitam yang ditafsirkan dengan konsep flamboyan – seperti penampilan Troye Sivan, menyatukan siluet klasik dengan teknik draping dan feathers. It is like Gothic romance with a-Victorian-theatrical twist.
Versatility adalah kata kunci untuk mengubah persepsi tentang hitam. Menyingkir kod tradisional dan para selebriti ini menggunakan rona hitam ini sebagai ‘corak komunikasi’ mereka tentang keindividuan, sifat distingtif dan personaliti masing-masing.







