LANGGAN

5 Filem Tempatan Untuk Next Watchlist Anda 2026

5 filem Malaysia akan datang di pawagam tahun ini!
Published: April 24, 2026

Industri filem tempatan bakal kembali rancak tahun ini dengan kemunculan pelbagai filem baharu yang menampilkan pelbagai genre, daripada seram dan aksi sehinggalah romantik komedi. Para pengarah tempatan terus memperlihatkan keberanian dalam bereksperimen dengan idea dan penceritaan, sekaligus mencerminkan perkembangan pawagam Malaysia yang semakin relevan dengan citarasa penonton sekarang.

filem

Berikut merupakan lima filem Malaysia yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia sepanjang tahun 2026:

1. Polong (28 Mei 2026)

Filem ini mengisahkan tentang kisah Maria Hadi, seorang wanita yang hidup dengan amalan ilmu hitam dan diburu dosa silamnya. Di penghujung hayat, dosa-dosa tersebut kembali menghantuinya. Arahan daripada Zulkarnain Azhar, filem ini menggabungkan unsur seram, elemen jenayah dan juga diinspirasi daripada kisah jenayah kontroversi di Malaysia.

Polong | Official Teaser Trailer | Akan Datang Di Pawagam GSC pada Mei 2026

2. Kata Hati (4 Jun 2026)

Filem Kata Hati ini ialah sebuah filem romantik komedi yang menyatukan cinta, humor dan realiti. Ia mengisahkan pertemuan tak dijangka antara seorang pelakon wanita popular dan pemandu e-hailing, diarahkan oleh Nadiah Hamzah yang menampilkan gabungan pelakon baharu dan nama besar di industri hiburan.

KATA HATI | First Look | In Cinemas 4 Jun 2026

3. Pewaris Susuk (30 April 2026)

Pewaris Susuk merupakan sebuah karya seram tempatan mengisahkan seorang wanita yang kelihatan mempunyai kehidupan sempurna namun menyimpan rahsia gelap. Arahan seni dari Faizal Nadxaman, filem ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sarimah Ibrahim, Datuk Rosyam Nor dan Alya Iman.

OFFICIAL TRAILER PEWARIS SUSUK | DI PAWAGAM 30 APRIL 2026

4. Tarung: Unforgiven (7 Mei 2026)

Tarung: Unforgiven merupakan filem aksi arahan Razaisyam Rashid yang mengisahkan Hatta, bekas juru silat yang diburu dosa silam selepas satu tragedi. Dia terpaksa kembali bertarung di gelanggang haram untuk menyelamatkan kakaknya yang menjadi taruhan. Namun, segalanya menjadi lebih rumit apabila lawannya di gelanggang ialah individu rapat dari masa lalu.

Tarung: Unforgiven | OFFICIAL TRAILER

5. The Furious (28 Mei 2026)

The Furious ialah filem aksi tempatan arahan Heng Aik Siong, mengisahkan tentang dua beradik, Hakim dan Firdaus bersatu apabila arwah bapa mereka dihina oleh Danial, peninju terkenal. Hakim dan Firdaus kembali bersatu dalam pertarungan yang menentukan arah sebenar legasi The Furious. Lakonan dari Zul Ariffin, Sky Iskandar dan Ikmal Amry.

Nantikan kesemua filem ini dipawagam berhampiran anda!

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down