Trend larian hari ini menunjukkan peningkatan dengan pelbagai jenama dan kelab larian ditubuhkan. Peningkatan ini harus disokong untuk melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kejayaan mencapai target larian tidak lagi diukur semata-mata kepada kelajuan tiba di penamat. Ia kini bermula jauh lebih luas takrifannya. Melalui disiplin latihan mingguan, kekuatan fizikal, pemulihan tubuh dan konsistensi yang dibina setiap hari. Memahami realiti naratif tersebut, Amazfit memperkenalkan Cheetah 2 Pro, jam tangan pintar generasi baharu. Jam ini direka khusus untuk pelari maraton yang serius terhadap prestasi jangka panjang.

Sebagai model terkini dalam siri Cheetah yang memfokuskan kepada prestasi, Cheetah 2 Pro tampil dengan falsafah 'refined performance' dan 'structural lightness'. Satu pendekatan yang menekankan keseimbangan antara kejuruteraan ringan, ketahanan, serta ketepatan data latihan. Hasilnya tercipta sebuah jam tangan yang bukan sahaja pantas daripada sudur teknologi. Namun serba selesa digunakan sepanjang sesi latihan larian dan hari perlumbaan.
Reka bentuk premium menjadi antara kekuatan utama Cheetah 2 Pro. Ia hadir dengan binaan bingkai tengah dan bahagian bawah daripada titanium Gred 5. Trutu dipadankan bersama kaca nilam tahan calar bagi memastikan ketahanan maksimum. Dalam masa sama tidak langsung menambah beban berlebihan pada pergelangan tangan. Skrin AMOLED bersaiz 1.32 inci pula menawarkan paparan terang dan jelas, sama ada ketika larian awal pagi, di bawah cahaya terik mahupun pada penghujung latihan jarak jauh.
Namun kekuatan sebenar Cheetah 2 Pro terletak kepada keupayaannya menyokong keseluruhan ekosistem latihan maraton. Jam tangan ini dibangunkan berasaskan falsafah latihan hibrid yang menggabungkan pembangunan daya tahan, latihan kekuatan dan pemulihan secara seimbang.

Melalui pelbagai mod latihan terbina di dalamnya. Pemakai jam ini dapat memberi fokus kepada latihan asas aerobik untuk meningkatkan stamina, sesi threshold bagi memperbaiki kecekapan larian, serta latihan kekuatan. Segalanya untuk membantu tubuh menghadapi mileage tinggi dengan lebih tahan lasak.
Bagi pelari yang mementingkan fokus, data memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan latihan. Dalam aspek ini, Cheetah 2 Pro menawarkan pelbagai metrik lanjutan termasuk pacing, lactate threshold, running power, analisis gait dan ramalan masa penamat. Kesemua data ini membantu pelari memahami corak pergerakan mereka dengan lebih mendalam serta membuat keputusan latihan yang lebih tepat.

Melalui aplikasi Zepp, pengguna turut menerima analisis pemulihan yang lebih menyeluruh merangkumi kadar denyutan jantung, HRV, tidur dan tahap keletihan tubuh. Penilaian seperti VO₂ Max, training status dan fatigue level membolehkan lagi para pelari menentukan waktu terbaik untuk meningkatkan intensiti latihan. Selain itu memberi ruang kepada tubuh untuk pulih sepenuhnya selepas larian panjang. Pendekatan ini amat penting bagi mengelakkan kecederaan dan memastikan konsistensi sepanjang persediaan maraton.

Daripada sudut navigasi pula, Cheetah 2 Pro menampilkan sistem GPS dual-band. Ini disertakan sokongan multi-satelit paling maju dalam siri Cheetah setakat ini. Teknologi tersebut memastikan ketepatan penjejakan laluan dan pacing yang lebih stabil. Sama ada ketika berlari di kawasan bandar padat mahupun laluan berliku yang mencabar fokus pelari jarak jauh.
Aspek ketahanan bateri turut diberikan perhatian serius. Cheetah 2 Pro mampu menawarkan sehingga 31 jam penggunaan GPS berterusan. Sangat cukup untuk menyokong maraton dengan cut-off time yang panjang serta sesi endurance ekstrem. Untuk penggunaan harian, ia mampu bertahan sehingga 20 hari dalam satu pengecasan, menjadikannya teman latihan yang praktikal untuk gaya hidup aktif.

Menariknya, Amazfit turut melengkapkan jam tangan ini dengan lampu suluh dwi-mod terbina dalam yang membantu meningkatkan keterlihatan semasa larian awal pagi atau lewat malam, lengkap dengan tetapan kecerahan boleh laras mengikut situasi.
Cheetah 2 Pro akan dibuka untuk pra-tempahan bermula 11 Mei 2026 sebelum pelancaran rasmi pada 14 Mei 2026. Ia boleh didapati menerusi laman rasmi Amazfit Malaysia serta platform rakan jualan sah seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Pelanggan yang membuat pra-tempahan turut akan menerima hadiah eksklusif berupa T-shirt Amazfit dan pengering rambut, sementara stok masih ada.
Dengan gabungan teknologi latihan pintar, binaan premium dan fokus terhadap ketahanan jangka panjang, Cheetah 2 Pro bukan sekadar jam tangan sukan biasa. Ia hadir sebagai rakan latihan komprehensif untuk pelari yang memahami bahawa prestasi sebenar dibina melalui disiplin, pemulihan dan konsistensi — bukan hanya kelajuan semata-mata.