Amazfit, jenama global di bawah Zepp Health, secara rasmi melancarkan jam pintar flagship terbaru mereka, Amazfit Balance 2. Era baru teknologi terkini direka sebagai rakan latihan dan pemulihan yang canggih, Balance 2 direka khas untuk atlet, pelari dan penggemar kecergasan harian.
Balance 2 berfungsi lancar bersama aplikasi Zepp Health, sama ada ketika sesi latihan mahupun pemantauan pemulihan. Ia melengkapkan dan mengisi jurang pada jam tangan lain, membolehkan data yang lebih tepat serta data yang lebih mendalam untuk pengguna, semuanya dalam satu sistem yang ringkas.
Tanpa yuran langganan, penjejakan canggih dan penyegerakan yang mudah, teknologi baru ini mentakrifkan semula apa yang boleh dilakukan oleh peranti boleh pakai, sama ada anda seorang atlet kompetitif atau sekadar berusaha untuk menjadi versi terbaik diri anda.
Rasai kebebasan bersukan dengan paparan AMOLED 1.5 inci yang memukau, dilindungi kaca nilam tahan calar. Skrinnya mampu bersinar hingga 2,000 nits, kekal jelas walau di bawah matahari terik. Ia juga kalis air 10 ATM, dengan hayat bateri sehingga 21 hari. Kini anda bebas meneroka tanpa rasa bimbang.
Sebagai Penjaga Masa Rasmi HYROX, ia menyokong latihan intensiti tinggi sambil memantau degupan jantung, HRV, SpO₂, tidur dan pemulihan untuk prestasi terbaik. Anda juga boleh menikmati peta percuma yang boleh dimuat turun untuk pengembaraan tanpa risiko tersesat. BioCharge™ Score (akan datang) pula membantu anda mengurus tenaga secara peribadi agar kekal seimbang dan bertenaga setiap hari.
Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, Amazfit Malaysia turut memperkenalkan duta tempatan mereka, Wan Muhammad Fazri Wan Zahari, pelari kebangsaan acara 800 meter.
“Pertama kali saya mencuba Amazfit Balance 2, saya terus tertarik dengan rekaannya yang selesa dan kemas,” kata Wan. “Ia ringan, bergaya dan selesa dipakai sepanjang hari. GPS yang tepat, pemantauan kadar jantung dan data tidur terperinci membantu saya berlatih lebih bijak. Ia juga membantu saya pulih dengan lebih baik. Inilah peranti yang diperlukan atlet serius untuk kekal di tahap terbaik.
Amazfit Balance 2 membantu rakyat Malaysia, dari atlet hingga penggemar kecergasan, memantau kesihatan dengan data tepat tanpa gangguan. Sama ada untuk rekod peribadi atau kekal aktif, Amazfit menawarkan alatan latihan dan pemulihan yang efisien.